11 April 2018 (Rabu)
0730.
Turun bersarapan dan berkemas-kemas untuk daftar keluar
0910/13oc.
Bas bertolak ke Old Town Mostar semula walaupun semalam petang dah pergi awal. Semua terdiam semasa bas berundur di bulatan
dan keluar dari hotel, seram kot sebab di lereng bukit. Syukur semua selamat
atas kecekapan pemandunya, Iliya. Semalam kami ke Old Town Mostar hari hampir
nak gelap, pagi ini pula pada awal pagi. Layankan aje dan lawatan kami bermula
di seberang sana dengan berjalan kaki. Kami diberi masa dua jam untuk melawat
kawasan sekitar.
Old
Town Mostar merupakan tempat yang cantik, bersejarah dan terkenal dengan gobblestone
walkways (laluan berbatu) yang cantik tetapi perlu berhati-hati disebabkan
permukaan batunya yang licin, kesemua laluan jalan diperbuat daripada batu
sungai dan tidak rata. Terdapat juga war museum di sini namun tidak
sempat kami kunjungi dan deretan kedai yang menjual barangan tempatan dan
cenderamata.
Sejarah Old Bridge. Old
Bridge bermaksud penjaga jambatan
dalam bahasa Bosnia. Air yang mengalir dipanggil Sungai Neretva, iaitu
merupakan air mata air dari Blagaj yang mengalir hingga ke Mostar. Old Bridge
pada zamannya berupa lengkungan jambatan yang besar dan seni binanya
berkonsepkan binaan zaman kerajaan Uthmaniyah rekaan arkitek Mimar Hayruddin
(anak murid Mimar Sinan) dengan seni bina yang di luar jangka manusia. Old
Bridge bukan dilihat sekadar sebuah jambatan, ia merupakan menara masjid (yang
terletak di sebelah kanan/sebelah). Pada tahun 1993, Old Bridge telah dibom
oleh tentera Croatia dan runtuh secara keseluruhan. Tetapi menurut hemat dan
pandangan UN, rumah ibadat tidak boleh disentuh ketika perang. Maka, Old Bridge
dibina semula.
Kisah
hitam perang saudara 1992-1995 masih menghantui penduduk Bosnia. Kita dapat lihat rumah yang
dipenuhi dengan kesan kelongsong peluru dan bangunan berlubang akibat tembakan
dari kereta kebal. Sebelum perang, mereka mengamalkan Islam biasa-biasa sahaja.
Namun, selepas perang kesedaran datang dan semangat untuk mengamalkan Islam
sebaik-baiknya dan mengajar mereka untuk bersatu padu untuk membentuk negara
Bosnia yang telah hancur sebelum ini kepada yang ada sekarang ini (1992-1995).
Mereka takkan lupakan sejarah peperangan dan kena serang daripada tentera
Serbia tetapi mereka boleh memaafkan selamanya (don’t forget but do forgive
forever).
Yang sempat kami kunjungi ialah Masjid Koski Mehmet Pasha yang dibina pada abad ke-17 oleh Koski Mehmet Pasha sendiri dengan seni bina Uthmaniyah. Pada tahun 1990-an, masjid ini juga pernah musnah akibat perang Bosnia dan sedang dalam usaha dibaik pulih. Masjid ikonik ini juga terkenal di Mostar (kedua terbesar di Mostar).
Sekitar bandar Mostar/Perjalanan nak ke Sarajevo
Sebelum
nak ke Sarajevo, ikutkan boleh singgah di air terjun di Kravice (tetapi tak
pergi). Pemandangan yang cantik sekitar air terjun yang mengalirkan air terjun
kecil di lereng bukit dan di bawahnya ada tasik besar dan luas. Airnya yang
menghijau sehingga menampakkan rumput dan lumut di dasar tasik. Boleh mandi di
sini tapi sejuk! Ada titian kayu dekat air terjun dan boleh jalan kaki
betul-betul di depan air terjun! 1105. Bertolak ke bandar Sarajevo, Bosnia (bermalam selama 2 malam). Perjalanan kami banyak melalui terowong tepi sungai dan lereng bukit serta batuan yang cantik, aliran air sungai yang deras dan menghijau, serta dapat melihat laluan rel kereta api dan perkampungan Balkan.
1430. Selepas melepasi bandar Sarajevo, maka sampailah di Hotel Hollywood, Sarajevo. Daftar masuk ke bilik 379 dan keadaan bilik agak panas. Dapat merehatkan diri setengah jam dan ikut geng untuk ke mall sebelah untuk meronda dan membeli belah tingkap! Bandar Sarajevo ialah bandar besar yang utama tetapi masih terdapat anak-anak yang masih meminta sedekah! Sejam kemudian kami balik ke hotel dan bersetuju untuk minum petang dan berkumpul di bilik kak Noorah, On! Habis membawang balik ke bilik dan bersihkan diri, solat dan turun makan malam pukul 8 malam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan