13 April 2018 (Jumaat)
Hari
ini nak ke Bihac. Bandar kecil yang bersempadan dengan Croatia (ada dua buah
hotel lagi untuk menginap sebelum balik ke KL).
0700. Turun bersarapan dan lokasinya telah diubah di sebelah kanan kaunter
pendaftaran (mungkin terlalu ramai orang yang menginap) dan kami masih
bertembung dan mengambil makan bersama-sama kumpulan Kembara Sufi. Lima puluh
minit kemudiannya, balik ke bilik hotel semula dan berkemas.
0900.
Babai Sarajevo! Kami bersedia untuk ke Bihac pula dengan mengikut jalan lebuh
raya yang cantik dan selesa, dah sudah tentu ada tol! Sepanjang perjalanan,
melihat penempatan atau perkampungan, rumah-rumah mereka yang cantik dan
tersusun di lereng-lereng bukit (nampak harmoni gitu! Sesuai dengan nama
syarikat agen kita!).
1020.
Sebelum sampai ke Bihac, kami dibawa ke sebuah perkampungan yang pernah
diserang dan dimusnahkan oleh tentera Croatia pada tahun 1993, iaitu Polivnica (konflik sight Croatia
Bosnia). 116 orang terkorban - bayi berusia tiga bulan, kanak-kanak, remaja dan
orang tua dibunuh. Hampir 100 buah rumah, termasuk sekolah, masjid dan
infrastruktur yang lain dibom dan dimusnahkan. Allahu, kami yang mendengar dari
Imam yang bertugas di situ sangatlah sebak dan tak dapat membayangkan situasi
yang menimpa perkampungan tersebut. Selepas perkampungan mereka musnah dan
ramai penduduk yang mati, barulah ada askar Inggeris yang datang membantu dan
mengambil gambar di tempat kejadian (mereka memang tidak mengetahui/menyedari
langsung kejadian yang menimpa penduduk di situ dan tidak sempat menyelamatkan
mereka). Dikatakan ada dua tiga orang bekas tentera Croatia yang menetap dan menjadi
komuniti di situ sehingga kini. Hidup berkeluarga, berniaga dan kaya dengan
bisnes mereka!
Imam Besar Masjid Polivnica dan sebelah masjid ditempatkan gambar kesan peperangan. |
1115.
Sampai di bandar Travnik (one mountain) untuk ke Plava Voda atau air biru Plava yang mengalirkan air jernih di Kampung Sumece berhampiran Madrasah Ibrahim Pasha. Banyak bangunan era komunis
(castle) – Bosnian Kingdom Oldtown pada zaman Uthmaniyah.
1150.
Bertolak ke “Plava Voda” blue water - aliran airnya yang deras dan
melalui kincir air lama. Bersebelahan bangunan dan rumah “Turki Style House”.
Tempat ini menjadi tumpuan pelancong disamping jualan cenderamata. Kami sempat
bergambar ramai-ramai di sini sebelum meneruskan perjalanan ke Jajce [yai.se]
melalui Banjaran Banjarloka.
Sepanjang perjalanan nak ke Jajce
Makan tengah hari dulu
1300.
Sampai di Jajce. Menikmati pemadangan tepi tasik yang cantik sambil makan di Restoran
Radno Vrijeme di Hotel Plivsko Jezero 5. Hidangan apa yang disajikan? Macam
biasa, makan kepingan roti, sup (sedap!), salad sayur dan daging, kentang bakar
dan sos. Usai makan, macam biasa, bergambarlah ye! Sebelum keluar dari kawasan
tersebut, kami dibawa ke rumah kisar (kincir air) pengisar tepung Mlincici, Jajce di tepi sungai di celah-celah
akar pokok, bekas peninggalan sejarah masyarakat dulu yang menggunakan kincir
air untuk mengisar tepung beras. Kincir air pengisar tepung ini dibina pada zaman Austrian Hungary untuk mengisar tepung menggunakan kuasa air yang deras. Subhanallah! Memang
cantik kawasan tersebut.
1430.
Menuju ke air terjun Vodopad (20 minit perjalanan) di kawsan kubu lama
bekas tinggalan pemerintahan zaman Uthmaniyah. Hanya dapat mengambil gambar dan
menikmati keindahan air terjun dari atas dan tak sempat ke bawah (perlu bayar)
kerana masa yang terhad.
1720.
Sampai di hotel penginapan yang ohsem (paling best) bersebelahan pinggir sungai
yang cantik berserta aliran air yang deras dan menghijau ke arah warna biru.
Nama hotel yang dimaksudkan ialah Kostelski Buk (hotel deluxe 4
bintang). Dapat bilik menghadap jalan dan bukannya menghadap sungai! Atas ihsan
kak Pah dan kak Hadi, kami menumpang tidur di bilik mereka yang besar dan ohsem
– terima kasih.
Selesai menjelajah bilik dan menunaikan solat, kami sempat berjalan-jalan di sekitar hotel (wajib jelajah) menikmati aliran air sungai yang deras dan cantik, menaiki jambatan ke seberang (hutan) untuk melihat ternakan ayam! Selepas itu, acara wajib, mestilah makan malam. Hidangan yang syedap-syedap dan teruja makan sotong goreng! Selepas makan, berehat dan bersihkan badan.
2130.
Kak Noorah, kak Norasma dan Kak Shariah bertandang minum dan borak di bilik kak
Pah. Sejam je borak pastu masing-masing balik bilik untuk titon! Penat kot!
Selamat malam semua. Mimpi yang indah-indah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan