10 April 2018 (Selasa)
Selesai bersarapan dan kemudiannya meninggalkan bandar Duvbronik untuk ke Mostar, Bosnia yang mengambil
masa dua jam.
1020.19oc.
Sampai ke sempadan Croatia untuk masuk ke Wilayah Bosnia (sempadan
Croatia-Bosnia yang dipisahkan dengan laut). Bosnia juga menjadi akses mudah
untuk ke Croatia mahupun Albania. Sepuluh minit kemudian berhenti di hentian rehat
bersebelahan hotel untuk melihat pemandangan Duvbronik dari sisi yang lain
(diberi masa 20 minit).
1100.
Meneruskan perjalanan dan berhenti di sempadan Bosnia Herzegovina (BiH) di
Metkovic (1225/22oc) untuk pemeriksaan Kastam dan sempat tumpang
bilik air untuk membuang. Usai pemeriksaan, meneruskan perjalanan dan papan
tanda “Selamat datang ke Bosnia Herzegovina”! (terjemahan daa).
Pada tahun 1878, Pocitel diambil alih oleh
Hungarian Austrian sehinggalah perkampungan tersebut diabaikan. Pada tahun
1992, perkampungan ini telah dibom semasa perang Bosnia dan banyak penduduk
dipindahkan. Kubu atas bukit, menara jam
dan masjid merupakan tempat paling teruk diserang. Setelah perang tamat dan
kerajaan BiH mengambil alih, pelarian Pocitel digalakkan untuk kembali ke
kampung asal (patutlah tak nampak ramai penduduknya). Segala kerosakan telah
dibaiki semula namun kesan runtuhan di susun di tepi masjid agar dapat dilihat
dan dikenang.
Sempat
membeli cenderamata di deretan kedai. Harganya agak murah berbanding tempat
lain. Habislah 25 euro juga alah membeli! Orang di sini cukup peramah dan
melayan kami dengan baik, teruja melihat kami, orang Malaysia (seakan sudah
terpahat dan mempunyai hubungan yang akrab melalui negara dan nilai
persahabatan).
1400.
Meneruskan perjalanan ke Blagaj Tekija atau Tekke (sebutannya bla.gai)
yang mengambil masa 30 minit untuk makan tengah hari, melalui perkampungan
balkan dan ladang anggur dan epal di kiri kanan jalan (tinggal batang pokok je
sebab bukan musimnya). Sampai di Blagaj, Subhanallah memang kagum dengan
perkampungan di situ dan terus berjalan ke hujung untuk menikmati keindahan dan
aliran air sungai yang deras dan menghijau. Di kanan kiri sungai banyak
didirikan restoran bagi memudahkan pengunjung untuk mengisi perut. Rasa nak
cepat-cepat makan dan mengambil gambar dekat sekitar Blagaj. Sedang menunggu
hidangan, kami sempat menyapa kumpulan dari Malaysia, dari grup Ilmi katanya.
Mereka dah selesai makan dan akan meneruskan perjalanan ke Duvbronik.
Blagaj Tekija merupakan tempat/pusat ibadat (monastery/biara) yang dibina
oleh orang Darrish (Islam) yang berasal dari tempat itu juga. Blagai dalam
bahasa Bosnia bermaksud tenang, sesuai dengan tempat tersebut. Reka bentuknya
bercirikan seni bina Uthmaniyah dan Mediterranian. Bersebelahan Blagaj Tekija
terdapatnya sebuah gua yang mengalirkan air mata air yang deras dan jernih
menghijau. Mereka banyak mengkaji tentang sains termasuklah mengkaji punca air
dari dalam gua yang besar dan dalam (pernah orang menyelam di dalamnya namun
tidak menjumpai puncanya) dan menjadikan tempat tersebut sesuai sebagai tempat
ibadat. Air yang mengalir dari dalam gua itu juga menjadi punca air bagi Sungai
Buna.
1540.
Turun ke lobi untuk ke Old Town Mostar
dan Old Bridge (Old Mostar Bridge) bersama-sama
dengan Kak Siti Hawa, Kak Halilah dan Kak Teh menuruni bukit dan melalui
bangunan lama untuk sampai ke sana. Bertemu juga dengan sahabat sekembara yang
lain dan sempat menyaksikan seorang lelaki sado yang membuat pertunjukan untuk
terjun dari jambatan Old Bridge. Hmm takut jugalah dengan gelagatnya. Rupanya
perbuatannya itu meraih duit sebelum terjun. Dari jauh kami nampak aksi
beraninya terjun ke dalam sungai yang nampaknya agak sejuk. Hari pun nak hampir
gelap, kami berjalan balik dengan kudrat yang ada sebab perlu menaiki tangga
dan bukit untuk sampai ke hotel. Sempat berehat di lobi hotel sementara
menunggu makan malam. Pukul 8 malam baru dapat malan malam, bersihkan diri,
solat dan tido.
Sebab geng lain, tak sempat join kak Asma dan lain-lain, jadi tak dapatlah mengikut mereka ke Old Town Bridge pada waktu malam. Sempat minta gambar mereka untuk diabadikan di sini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan