Sambungan di Wilayah Montenegro. Meneruskan perjalanan ke Kotor dan Dubvronik.
1630.
Sampai di Kotor, Montenegro (paling
selatan) dan dibawa ke kubu-kubu penting. Kotor merupakan kota lama yang berada
di Boka bay. Pengunjung boleh memanjat gunung di belakang kota menuju North
Gate di perbatasan gunung, iaitu bersempadan dengan Taman Negera Luvcen. Weapons
Square (pernah menjadi tempat pembuatan dan memperbaik senjata api), Ortodoks
Square dan Tourism School di Kotor Square, Wall of Shame di dataran utama Kotor
(Di sinilah tempat hukuman dan penyeksaan yang dilakukan terhadap pesalah pada
zaman dahulu dan kini tapak tersebut dipenuhi dengan kafe dan kedai cenderamata).
Uniknya Kotor sebagai bandar yang dapat membawa kita merasai zaman purba dengan
binaan bangunan-bangunan lama penuh sejarah, melalui pemandangan gunung, tasik
dan tepi laut yang mengasyikkan dengan kedudukan Kotor di tengah-tengah teluk
dan Kotor Old Town dikelilingi gunung-ganang yang menghadap Lautan Adriatik dan
bersambung dengan Duvbronik.
1730.
Keluar dari Kotor untuk ke Duvbronik, Croatia melalui pemandangan pinggir
laut yang cantik dan melalui jambatan Franjo Tudman (lokasi jambatan tinggi dan
nampak kawasan Dubvronik-gambar jambatan tak dapat dikesan pulak. Almaklumlah kebanyakan gambar dari henpon). Kemudiannya perlu melalui jalan kampung atau menaiki feri di Lepetane-Kamenari Ferry Fort menyeberangi laluan Kotor dan menyusuri tepi laut untuk ke
seberang.
1840.
Melalui pemeriksaan Kastam Kotor untuk teruskan perjalanan ke Wilayah Croatia -
Dubvronik. Perlu ada pas kebenaran (green pass) untuk melangkaui sempadan
Coratia-Montenegro, begitu juga apabila hendak melepasi sempadan Montenegro ke
Bosnia.
1930.
Sampai di Duvbronik dah malam dengan melalui bukit dan lereng yang curam. 20 minit kemudian, bas
berhenti di Pesisir Laut dan Old Town,
Duvbronik. Pemandu pelancong bernama Katija/Kartika mengambil alih membawa
kami melawat sekitar bangunan sejarah. Sempat juga menggunakan tandas
elektronik menggunakan syiling euro, 1 euro! Apa yang best, sempat makan aiskrim!
2120. Lewat sampai ke Hotel Adria. Petugas tempat makan pun dah nak tido! Akibat lewat makan, air putih pun tak disediakan! Jika nak, silalah bayar! Pulak! Mujur ada air mineral, bekalan yang kami bawa. Usai makan, ambil kad bilik dan masuk ke bilik 208. Nak tengok tv konpem memang tak sempat. Cari arah kiblat, bersihkan diri, solat dan tido. Sempat juga menikmati pemandangan waktu malam bandar tepi laut, Duvbronik yang cantik. Gambar hotel (diambil waktu pagi keesokan harinya).
10 April 2018 (Selasa)
0700. Naik ke tingkat atas untuk bersarapan dan sempat mengabadikan kenangan berlatarbelakangkan Duvbronik yang cantik. Cuacanya angin sepoi-sepoi bahasa Duvbronik! Hehe...
0915. Daftar keluar hotel, punggah beg dalam perut bas.dan bertolak meninggalkan bandar Duvbronik untuk ke Mostar, Bosnia yang mengambil masa dua jam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan