Shkoder
9 April 2018 (Isnin)
0430.
Bangun tido, mandi dan bersiap awal.
0640.
Turun bersarapan roti dan macam-macam. Sejam kemudian, naik ke bilik sambil
melihat pemandangan pagi dari tingkap, aliran air sungai yang tenang, bunyi
hentakan kaki kuda dan para peniaga kampung membuka kedai masing-masing. Ambil
masa membuang apa yang patut dan kemudiannya bawa beg masing-masing ke lobi.
Shkoder merupakan bandar ketiga terbesar di
Albania yang mempunyai kepadatan Muslim yang paling tinggi, bandar yang cantik
dan mula dikunjungi oleh pelancong dari Eropah. Masyarakatnya juga mesra dan
banyak membantu pelancong. Perjalanan dari Tirana ke Shkoder mengambil masa dua
jam dengan melalui pemandangan cantik sepanjang perjalanan.
Sejarah
Islam di Shkoder wujud sebelum zaman Uthmaniyah datang ke Albania (lebih kurang
40-50 tahun). Terdapat beberapa istana
di Albania digunakan sebagai masjid. Misalnya, bandar di Berrat, terdapat
sebuah istana yang dibina pada tahun 1390 dijadikan masjid (kemungkinan zaman
Utmaniyah datang ke Albania pada tahu 1450). Terdapat lebih kurang 75 peratus
Muslim daripada populasi di seluruh Albania. Di Shkoder sahaja, lebih 50
peratus merupakan Muslim dan menjadi bandar terpenting buat kaum Islam di sini
serta terdapat 60 buah masjid dan di antaranya 16 buah di pusat bandar sahaja.
Terdapat juga madrasah Haxhi Sheh Shamia dan Masjid Najmudeen (masjid terbesar
di seluruh Tirana) serta masjid besar di Dihahoja (lebih kurang 500 meter dari
Masjid Najmudeen), iaitu tempat solat gadis muda yang ramai di situ.
Masjid
Ibnu Berg merupakan masjid utama di Shkoder dan dibina pada tahun 1995 atas
biaya kerajaan Arab Saudi. Nama masjid diambil sempena nama khalifah pertama
Islam, iaitu Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq. Hiasan masjid sederhana tetapi
menarik dan sentiasa menjadi tumpuan masyarakat Islam di Shkoder. Selain tempat solat, AJK masjid aktif
menjalankan aktiviti buat komuniti Islam seperti kelas mengaji al-Quran dan
kelas agama Islam. Usaha mereka ini telah menambah ukhuwah perpaduan dan
komitmen jemaah untuk mempelajari agama Islam lebih mendalam. Oleh sebab itulah
pihak pengurusan masjid sentiasa mengadakan kelas agama dan program yang
berkaitan agar masyarakat sentiasa diberikan ilmu dan berpengetahuan tentang
Islam.
Tidak
jauh dari masjid ini, terdapat sebuah lagi masjid yang diberi nama Sara dan
Shehd. Hiasan masjid agak kontemporari, dinding berwarna putih untuk beri aura
ketenangan. Kawasan masjid tidak besar dan cukup untuk menampung jemaah di
sekitarnya. Masjid ini mempunyai dua nama dan mempunyai kaitan dengan Sara dan
Shehd yang berasal dari Kuwait, mengalami kemalangan maut pada tahun 2012.
Keluarga dan rakan-rakan arwah menderma untuk membina masjid dengan memberi
nama kedua-dua arwah bagi menenangkan roh arwah di Shkoder. Mengapa bina di
Shkoder dan bukan tempat lain? Mereka tidak dapat membina masjid sedemikian di
Kuwait dan berkebetulan Albania memerlukan lebih banyak masjid selepas rejim
komunis disebarkan merata.
0830.
17oc.Selesai urusan daftar keluar dan bergambar kenang-kenangan,
pemandu bas membawa kami untuk ke Budva melalui bandar Shkoder. Shkoder mempunyai
tasik paling besar di Balkan, 500km persegi dan kedalamannya purata 5 meter dan
paling dalam 60 meter. Sebahagian Tasik Shkoder berada di Albania dan
sebahagiannya lagi di Montenegro. Dari Tasik Shkoder akan melalui Sozina Tunnel
(tebuk gunung) sepanjang 5km untuk ke Potvenica dan Bar.
Bersambung cerita di Budva!
0938.
Tiba di sempadan Albania sebelum
masuk ke wilayah Montenegro (Budva-Kotor-Dubvronik-Split) (satu check point). Lama juga tunggu
sebab pegawai Imigresen menaip nama kami seorang demi seorang. Hampir sejam
baru selesai urusan dan meneruskan perjalanan melalui perkampungan yang damai,
bunga canola dan sekumpulan biri-biri. Laluan jalan kampung yang dilalui
semakin lama semakin kecil dan perlu berhati-hati apabila berselisih dengan
kenderaan lain. Bas juga terpaksa berundur dalam jarak sekilometer lebih sebab
salah masuk jalan, memang cekap Ilya mengendalikan bas! Mujur sedar awal.
Selepas mengikut laluan yang betul, meneruskan perjalanan melalui kawasan rumah
yang besar-besar dan sempat singgah di stesen minyak. Kami juga melalui Hotel Spendid
di tepi pantai, hotel mahal bertaraf lima bintang.
Masjid Selimija Bar di Bar merupakan masjid paling besar di Montenegro (kami tak sempat pergi) yang dibina pada tahun 2002 dan siap sepenuhnya pada tahun 2014. Kerajaan Turki telah membantu daripada segi dana dan reka bentuk masjid untuk kemudahan 15 ribu orang Islam di Bar (merupakan satu nikmat besar buat mereka). Masjid ini juga sebagai pusat Islam dan madrasah (prasekolah, dan kanak-kanak 3-6 tahun) serta menempatkan kedai makan. Dalam perjalanan ke Budva akan nampak St. Stefan, iaitu pulau kecil tapi padat dengan bangunan. Perlu melalui jalan kecil untuk sampai ke tanah besar.
Masjid Selimija Bar di Bar merupakan masjid paling besar di Montenegro (kami tak sempat pergi) yang dibina pada tahun 2002 dan siap sepenuhnya pada tahun 2014. Kerajaan Turki telah membantu daripada segi dana dan reka bentuk masjid untuk kemudahan 15 ribu orang Islam di Bar (merupakan satu nikmat besar buat mereka). Masjid ini juga sebagai pusat Islam dan madrasah (prasekolah, dan kanak-kanak 3-6 tahun) serta menempatkan kedai makan. Dalam perjalanan ke Budva akan nampak St. Stefan, iaitu pulau kecil tapi padat dengan bangunan. Perlu melalui jalan kecil untuk sampai ke tanah besar.
1215.
Sampai di Modern Budva, Montenegro. Pergi ke taman dan
melawat tempat dan bangunan bersejarah The
City Walls (seni binanya berkonsepkan Byzantin, Latin atau Venetican),
berjalan di tepian pinggir laut, bot-bot persiaran yang besar dan mewah. Kami
dibawa makan, salad sayur dan cheese, sup ikan makerel, set ikan panggang dan
bayam kentang, manisan (baklava) bentuk samosa dan berintikan kacang dan air
gula.
1440.
Berjalan ke bas sambil melihat pemandangan yang cantik. Bandar yang dikenali
juga sebagai Budva Medieval Old Town
mempunyai sejarahnya tersendiri dan tarikan utama ialah sejarah bangunan batu,
dinding dan lorong-lorong kecil seperti sarang labah-labah. Menjadi tumpuan
pelancong utama di Montenegro dan banyak kapal persiaran melatari pemandangan
tepian pinggir laut. Budva merupakan bandar paling tua dan paling lama (2500
tahun) dan pernah dijajah oleh empayar Greek, Rom, Byzantine dan Uthmaniyah.
Di bahagian
Perast (tidak pergi) pula mempunyai dua buah pulau yang terkenal, iaitu Pulau
St. George dan Pulau Lady of Rocks (our Lady of the Rocks Islet Perast).
Kedua-duanya ialah pulau buatan manusia yang terbentuk daripada kesan tradisi,
iaitu orang dulu yang balik belayar dari jauh akan mencampak batu di kawasan
tersebut hingga menjadi pulau. Tradisi tersebut berlaku sehingga kini sehingga
pulau semakin besar. Malah ada perayaan untuk datang ke pulau tersebut dalam
acara campak batu dalam air. Terdapat juga alat sulaman lama yang diperbuat
daripada rambut seorang perempuan (seorang perempuan membuat sulaman rambut
sambil menunggu kepulangan suaminya balik dari belayar).
1508.
Sempat menyinggah di Butik Tracia
Leather Centre untuk menumpang solat di bahagian atas kedai. Siap
dihamparkan karpet untuk kami solat. Syukur walaupun solat bersama jemaah
lelaki di ruangan yang sama. Usai solat, perlu melihat pertunjukan fesyen baju
kulit pulak! Pasrah dan layan jelah. Pertunjukan dalam masa 15 minit selesai,
pensel dan kertas dihulur sekiranya berminat untuk menempah. Harganya bukan
alang-alang murah! Syukur ada wakil salah seorang rombongan kami ada membeli,
selamat kami! Jom teruskan perjalanan ke Kotor!
Antara cenderamata yang ada dijual:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan