Assalamualaikum. Semoga sihat semuanya sahabat blogku. Jom teruskan cerita kembara kita di bumi Balkan. 1430. Kami meneruskan perjalanan ke Tirana, Albania (mempunyai 2.5 juta orang penduduk). 1530/22oC.
Nak keluar Macedonia sebelum masuk ke sempadan Albania.
1600.
Baru dapat masuk ke sempadan Albania. Alhamdulillah urusan pasport
dipermudahkan oleh Allah SWT (lagi 2 jam perjalanan nak ke Tirana). Sepanjang
perjalanan melalui perkampungan bertasik dan melalui jalan kereta api di tepi
sungai. Dalam perjalanan jugaklah terasa nak membuang air. Sampaikan hajat
melalui kak Noorah untuk beritahu pada Natasha! Singgah jugaklah di tempat
makan/hotel berkafe untuk tumpang buang air. Bukan aku sahaja turun, dapatlah
kawan-kawan lain menumpang membuang hajat juga...hehe. Kami turut disapa oleh
dua orang jejaka tempatan yang fasih berbahasa Melayu. Rupa-rupanya mereka
bekas pelajar UIA dan empat tahun belajar di sana.
Bekas pelajar UIA yang ramah menyapa rombongan kami... |
1820/24oc. Gambar bawah: Sampai di Bandar Tirana, Albania. Mengambil pemandu pelancong dahulu dan
kemudiannya beri penerangan tentang Tirana dari dalam bas sahaja (dah nak masuk
maghrib). Ramai yang dilihat beriadah hujung minggu (jika waktu bekerja memang
sesak). Selesai sesi penerangan sambil pusing bandar, tiba masa menurunkan
pemandu pelancong dan kami sempat merakam gambar di sebelah bas.
Tirana
mula dibangunkan pada tahun 1614 dan menjadi ibu negara Albania sejak tahun 1920. Tirana
sebagai kawasan metropolitan terbesar serta pusat budaya dan ekonomi yang
penting bagi Albania juga semakin berkembang maju beberapa tahun kebelakangan
ini. Jumlah penduduk di kota Tirana serta di kawasan perbandaran dianggarkan
melebihi 800 ribu orang.
Islam di Tirana
Masjid
Et’hem Bey (Eh’hem Bej) yang terletak di tengah-tengah bandar Tirana merupakan
masjid tertua yang banyak menyimpan sejarah Islam di Albania. Masjid ini
mempunyai elemen kesenian Islam yang menarik dan corak lukisan khas (hasil
pelukis dari Venice) dianggarkan lebih 200 tahun telah menambah keindahan
masjid. Mula dibina pada tahun 1791 oleh Molla Bey dan dilengkapkan oleh
anaknya, Haxhi Ethem Bey (cicit kepada Sulaiman Pasa, iaitu seorang ketua
tentera semasa zaman kerajaan Uthmaniyah). Masjid
ini pernah ditutup pada zaman kerajaan komunis yang memerintah Albania.
Sehinggalah pada tahun 1991, seramai 10 ribu orang penduduk Islam telah masuk
dan membuka semula masjid ini tanpa diganggu kerajaan yang memerintah ketika
itu dan menandakan bermulanya era kebebasan agama di Albania (satu-satunya
masjid yang tinggal selepas era rejim).
Masjid
ini telah mengharungi detik-detik peperangan dunia pertama, kedua dan rejim.
Pemimpin ketika itu telah menghalang segala ajaran agama luar pada 1967 untuk
memasuki Albania. Kerja-kerja memusnahkan dimulakan ke atas masjid, gereja dan
bangunan lain (termasuk larangan menyebut sebarang agama). Terdapat
lukisan-lukisan khas hasil daripada dua orang pelukis dari Venice sehingga
menjadikan masjid tersebut sebagai sebuah tempat yang menenangkan dan sangat
bermakna buat penduduk Tirana (mengambil masa 25 tahun untuk disiapkan kerana
nilai profesional, iaitu melibatkan hasil dari liputan dunia mereka). Pelukis
menggunakan imaginasi bagaimana rupa bentuk syurga dengan aliran air dan pintu
masuk yang begitu menarik dan hasilnya dapat memperlihatkan lukisan yang
menakjubkan.
1900.
Bertolak ke Shkoder yang mengambil masa dua jam nak sampai ke sana. Agak lewat
sampai ke hotel. Sempat singgah di Grill Auto dalam masa 15 minit kerana
memberi peluang kepada pemandu bas untuk rehat dan minum. Kami! Sempat buang
air! Syukur.
2110.
Tiba di Hotel Luari Arte yang cantik
dan unik. Mudah nak angkat beg ke lobi hotel. Dapat je kad bilik dan password
wifi, naik lif untuk masuk ke bilik (letak beg) dan turun makan (walaupun perut
rasa tak nak makan sebab penat, layankan saja). Kami dihidangkan dengan sup
sayur, ayam panggang dan salad, dan puding manis. Usai makan,
naik ke bilik dan menolong kak Pah mencari arah kiblat. Berkemas, mandi
mengikut giliran dan tido. Selesai perjalanan hari ini dari Ohrid ke Tirana,
Albania dan bermalam di Shkoder.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan