Assalamualaikum sahabat sekalian...
Tajuk macam gempak sikit. Walhal biasa jer. Al-maklumlah tahap kemalasan macam tahap gaban (tapi gaban pun tak malas macam ku daaa). Gaban tu apa eh?? hehe...Baru malam ini diberi kekuatan untuk menyambung menulis entri.
Semenjak henpon kesayangan sakit nih (terpijak cermin-kena baikilah nampaknya), macam dah perlahan sikit nak tulis entri sebab dengan henpon itulah mudah nak ambik gambar dan mudah nak bercerita. Takpelah, gunalah henpon encik suami sementara.
Walaupun kononnya ada beli tab, tak sama sebab susah sikit nak buat entri dalam blog-dengan laptop jugalah yang mudah sebab besar. Takpelah, jika ada kesempatan, akan ku kemas kini blogku ini.
Dalam fb asyik bercerita tentang makanan jer (dalam blog pun apa kurangnya). Jom cerita tentang buah dabai yang sememangnya terkenal di bumi kenyalang nih. Buah ni agak eksotik dan bermusim. Buahnya sebesar buah belinjau atau lebih lagi dan berwarna hitam. Kalau orang tak biasa makan, memang tak boleh masuk.
Ku sendiri boleh makan bila dicampur dalam nasi goreng jer. Sesetengah masyarakat di sini, makan begitu sahaja setelah direndam seketika dengan air panas, dicicah dengan kicap atau garam. Rasanya? hmm lemak dan kelat. Kalau nak mencuba, jom makan.
rendam dengan air panas seketika untuk bagi lembut sikit buah ni.... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan