Bila lama tinggal dan bercinta nak tulis entri nih, makanya agak lambat nak mengayat. Tak mengapalah, kugagahi jua menulis. Bulan Februari baru nih (3-5hb) ada balik kampung encik suami di Kampung Sg Karat Darat, Beserah, Kuantan, Pahang. Kami menumpang sepupu encik suami (terima kasih Ayong) untuk balik. Kami berbesar hati balik untuk meraikan majlis bersanding Farhana dan pasangannya pada 4 Feb. 2011. Farhana ni sepupu encik suami dan anak kedua kepada pakcik encik suami (adik beradik dengan mak encik suami).
Kali ni jugalah kali kedua majlis diadakan selepas majlis abang sulung Farhana dua tiga tahun sebelumnya. Masa memang terhad, selepas habis majlis, keesokan hari kami balik ke KL menjenguk rumah. Penat, memanglah penat tetapi puas bila dapat meraikan bersama-sama majlis seperti ini. Jom kita tengok gambar pasangan mempelai.
sama cantik sama padan...selamat pengantin baharu... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan