Tahap daya ketahanan puasa ku semalam sungguh hebat dugaannya. Ada membeli kek lapis untuk kukirim buat anak buahku di Langkawi, Hadi. Selain kek, ada juga kain untuk maknya (wajib). Berkejar-kejar juga menguruskan bungkusan tu semalam. Nak kena beli sampulnya, pastu balut (tumpang balut di kedai Miza-Kak Suhaiza). Pastu ke pejabat pos, nak ambik dan kena tunggu giliran nombor dipanggil (alhamdulillah, takdir Allah kerana kak Zarina masih menunggu giliran, jadi ku menumpang dengannya), selamat satu ketika dan tak perlu tunggu lama.
Kemudiannya, cari barang keperluan rumah. Ingatnya nak buat spageti bolognese (bekalan dah cukup, tinggal nak beli ayam je sebab nak kisar sendiri). Bila selesai membeli, balik pejabat dan solat zuhur di surau. Selepas tu, sempat juga terlena barang 20 minit. Lepas bangun dan bersiap naik ke pejabat, daya ketahanan dan kemengantukan semakin hebat nampaknya.
|
dim sum ayam terlebih kukus...hehe |
|
rupa kureng, rasa boleh diperbaiki....hehe |
Sampai di rumah sempat berehat jap. Pukul enam petang baru menggagahkan diri berperang di dapur. Ada hati nak buat dim sum ayam konon, tapi ada dua benda tak cukup. Sementelah barang lain dah ada, layan je buat. Sempat buat dua tiga ketul dan selebihnya encik suami tolong sebab ku nak mandi. Sempatlah kusiapkan kuah bolognese main hantam saja sebab lama tak buat. Yang jadi tukang rasa, encik suamilah sebab aku berpuasa.
|
sayur bunga kobis kuasingkan...hampir licin, tinggal kuahnya sikit untuk makan dengan roti dsb... |
Selepas berbuka kurma, sempat jugak ku kukus dim sum ayamku. Alhamdulillah, sedap juga kuah bolognese ku (sapa lagi nak puji kan!). Spageti takde, jadinya kami gunakan fettucini sebagai ganti. Oklah, rasa sama, bentuk je berbeza. Jom layan.
|
rupa kabur... |
|
rupa terang....saje bikin gempak walhal kamera ambik kurang fokus...hehe |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan