Kawan ada bawaku ke kedai makan di Plaza Astana. Kedai makan ni istimewa sebab menawarkan harga RM5.80 dan boleh makan apa sahaja (kat Satok lagi murah dengan harga RM4.80), kecuali air minuman dengan harga lain. Kali pertama makan (bila nak diet macam nih!), ada pulak sambal tutok Jawa nih. Alamak sedapnya, apatah lagi kalau pedas (tetapi kurang pedaslah pulak).
Macam mana nak buat sambal tutok ni Sambal tutok di makanan orang Jawa (suka makan yang kering-kering) ni senang jer nak buat. Sila goreng ikan bilis, matikan api dan goreng cili api sekejap, angkat dan tumbuk keduanya hingga hancur. Kalau nak bagi pedas, buhlah cili api banyak-banyak, barulah terangkat. Memang sedap. Kalau sebelah suami, guna ikan gelama kering dan digoreng serta ditumbuk dengan cili api (sedap jugak, tak perasan bila mak mertua lalu kat sebelah).
Daripada ambik nasi sikit jadi bertambah pulak. Hmm sedapnya (sedang kecur air liur nih). Pastu hari Khamis baru nih, ada bawa kenalan makan kat situ juga. Ada juga sambal tutok nih. Hmm memang tak lepaskan peluang, makan nasilah apa lagi. Macam mana rupanya sambal tutok nih? Jom kita tengok…
bagi saspen jap..kita blur kan gambar... |
haa..yg hitam bawah tulah, samabl tutok Jawa...sedapnya...makan dengan sambal petai lagi...perghh memang terangkat.. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan