Rabu, 23 Mei 2018

Prahari keluarga

14.12.2017
Prahari keluarga 2017. Sebelum cerita tentang Hari Keluarga Generasi Zaiton, moh kite cerita peristiwa yang berlaku sebelum hari kejadian. Balik kampung sorang je sebab encik suami ada kelas. Jadinya balik naik AA dari Kuching ke JB terus.  Sempat keluar makan jap selepas turun dari kapal dan sempat jugaklah beli kek untuk hari lahir abah/atok Amir tersayang-kebetulan tarikh balik merupakan hari lahir abah. Lewat malam juga sambut hari lahir atok. Janji semua hepi. Alhamdulillah. Selamat hari lahir atok Amir!
Kalau naik flight AA, memang suka lihat ruangan ini - top shots. Memang cantik kan dan layak menang!
Seorang wanita yang sedang menjahit jaring halus di perkampungan nelayan di Phan Rang, Vietnam.
Balik kali ni guna tiket waran, guna AA terus ke JB. Tak sangka pulak dapat
hidangan berganda walhal ku seorang je yang balik. Syukur, rezeki.
Alhamdulillah dapat bekalan rezeki dari besan mak. Sempat ku rebus siap-siap
dan adik kat kampung masak sambal, kejadiannya gambar di bawah.
Sambutan ringkas hari lahir atok Amir. Walaupun ringkas tetapi cukup membahagiakan.
Syukur alhamdulillah. Sila abaikan pemandangan kat belakang kami tu ye..hehe
Sesi potong kek atok dan cucu. Layankan aje. Eh ada sorang lagi tambahan cucu kat bawah sebelah kanan nih! Hehe...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...