Khamis, 12 Mei 2011

tak kisahlah kan...

Tak kisahlah orang nak kata apa - "jakun ke, hek eleh, itupun nak cerita ker", nak cerita jugak. Buat pertama kalinya saya menaiki penerbangan MASWINGS dari Bintulu ke Kuching. Yang bestnya dapat pembantu juruterbang yang ramah mesra menyapa penumpang semasa dalam perjalanan. Begitu gemalai suaranya menyapa kami-pertama kali dengar, lucu pun ada sebabnya gaya percakapan macam berjumpa kawan-kawan tapi masih mesra.

inilah kapalnya...comel kan...

teruja sebelum menaiki kapal terbang...
Dan yang bestnya jugak...masuk kapal ikut pintu belakang. Walaupun taraf VIP, kena ikut pintu belakang untuk duduk di hadapan. Bila dah sampai dan nak keluar, kena tunggu dahulu agar orang belakang dapat keluar dulu. Tempat duduknya pula dalam sekitar 80 unit dalam keadaan dua kanan dan dua kiri. Selain itu, dapatlah makan sandwich dan muffin serta air oren. Penerbangan ini  mengambil masa lebih kurang 50 minit.

Kipas yang ada kat sayap ni betul-betul berada di sebelahku. Mula-mula bunyi memang kuat, seram gak. Lama-lama ok. Selepas itu, dapatlah ambil gambar sungai Sarawak yang berlingkor-lingkor macam ular kena palu.
bila nak mula terbang, kipas pada sayap kapal ni memang unik bila berpusing..

sampai pertengahan jalan, nampaklah pemandangan sungai Sarawak ni - Subhanallah..
..dan lagi...
 

Akhirnya selamat tiba. Alhamdulillah. Kiranya memang seronok dengan pengalaman pertama menaiki pesawat ni. Tak tahu bila lagi dapat pergi ke Bintulu atau sekitar bandar di Sarawak - guna MASWINGS.

Rabu, 11 Mei 2011

ada ke patut!...

Semasa bersukaneka di Kampung Penan Muslim hari tu, adalah salah satu acara, tarik peserta dengan upih pinang. Kumpulan kami dapat upih yang 'haluih' je. Hhmm...nak naik pun tak sampai hati gitu. Muatpun idoknyalah. Sabar jelah. Akhirnya tarik peserta dengan guni plastik gamoknya..sakit pingganglah juga.

ada berani naik?..hehe

Apa yang ada di Bintulu?

Istimewanya Sarawak kerana matahari terbit dari arah Sarawak (kata orang-orang Sarawak). Apa pula yang ada di Bintulu? Bandar Bintulu ni berdekatan dengan sungai. Bandarnya agak lama dan klasik tetapi tak ketinggalan dari segi kemajuannya. Kampung Melayunya masih ada dengan mendiami rumah kayu (setia di situ) dan berhampiran sungai juga.

sebahagian pemandangan dari atas hotel penginapan...
sebahagian bangunan yang ada-termasuk Hotel Regency..

..dan lagi...

Hari ketiga selepas kursus, barulah kusempat berjalan-jalan di pasar kecil di bandar Bintulu (tak sempat pergi jauh-jauh). Ada terjumpa beberapa spesis buah, sayur, ikan segar, ikan kering dan lainnya. Jom kita tengok opo bondonya...
kawasan pasarnya...
..dan lagi...
nilah buah :pulur atau komanci (kata orang Sabah)

buah salak...


ni pokok laleh..mcm pokok buluh-ambil isinya (umbut)-rebus dan minum airnya..
sesuai untuk menurunkan paras darah tinggi...

ikan kering-selosong kalau tak silap...

pilih-pilih..ikan bilis...

belacan ada, ikan masin, bubuk...

ikan segar...

ikan jelawat kalau tak silap...

ikan keli..hidup-hidup lagi...

 Selain itu juga, ada dijual makanan basah yang siap dipanggang, dimasak dan sebagainya. 

ayam panggang...

mee/bihun/nasi goreng dan lain-lain pun ado...

air minuman macam-macam warna..

Sekian untuk perkongsian entri kali ini. Rasa lapar pulak bila tengok gambar makanan yang ada.
Jom kita makan tengah hari!...

Selasa, 10 Mei 2011

Keluarga angkatku

Kami - Azma, Zana dan Suhana berpeluang menjadi anak angkat kepada Puan Rahmah Abdullah (nama bapak tak ingatlah pulak). Mak berketurunan Cina dan telah memeluk Islam sebelum berkahwin dengan bapak. Anak mereka seramai enam orang (tiga lelaki dan tiga perempuan-seimbang) dan seorang cucu lelaki-Amri.  
      Kami kagum dengan semangat bapak, yang hanya bekerja sebagai penjahit kasut mampu membesarkan anak-anak-alhamdulillah (dua orang dah berkahwin dan selebihnya masih bersekolah-seorang duduk asrama). Kebetulan salah seorang anaknya juga bernama Suhana... hhmm...oklah tu kan. Kak Suraya dan mak yang banyak bersusah-payah memasak untuk kami sepanjang berada di rumah mereka- terima kasih kami ucapkan.

keluarga besar bapak dan mak (seorang anak tiada dalam gambar-balik asrama)
Suraya-Suhana-Suhaini-Habibi-A...dan A... (maaf tak ingat)
kami bertiga dengan keluarga besar..
     Sempena hari Ibu, anaknya Suhana sempat membelikan kek untuk meraikan ibu mereka. Jadinya, kami bersama-sama meraikan mak dengan suasana sederhana tetapi bermakna. Kami turut menumpang kasih dan kegembiraan walaupun mak kami jauh di mata.
kek untuk mak...sedap, alhamdulillah..
bersama-sama menyanyikan selamat panjang umur dan hari ibu..nampak terharu mak...
mereka masih nampak romantik dan sporting bila mak diminta menyuapkan kek ke mulut bapak...
    Jika ada rezeki, panjang umur dan berkesempatan ke Bintulu, insya-Allah kami akan menziarahi mereka. Jasa mereka amat dihargai. Semoga ikatan silaturrahim akan terus bersambung dan berkekalan hingga ke hujung nyawa....amin.

Mangga Mahathir

Berpeluang menginap dan bersilaturrahim dengan keluarga angkat, kami dapat melihat kawasan persekitaran rumah bapak dan mak dengan baik. Bestnya juga kerana deria hidung kami (tiga orang peserta),  tetiba menangkap bau yang agak enak juga - bau belacan! Kami fikir jiran sebelah sedang memasak hingga menyebabkan aroma masakan menusuk ke hidung kami - rupanya jiran sebelah sedang menjemur belacan segar - dari bubuk.

belacan Bintul-terbaik!..
Lama tau proses nak buat belacan terbaik nih... belacan Bintulu kan...terbaik! Pastu bapak ni rajin ternak ayam, bercucuk tanam. Adalah satu pokok mangga tuh, subhanallah, begitu besar buahnya - walaupun pokoknya kecil. Adalah dalam 5-6 buah mangga yang sedang rancak 'membesar.' Bapak kata buah tu bernama mangga Mahathir (kurang pasti mengapa digelar begitu-lupa pulak, maaf yer tuan dan puan). Beratnya boleh mencapai 1.5 kilo lebih. Jom kita tengok pokok dan buahnya.

pokoknya kecil jer...tapi cuba tengok buahnya..lumayan!
geram jer tengok buah ni, nasib baik tak masak lagi...hehe

berat ni ye tuan puan...takut tak cukup masa, jatuh bedebuk plak..hehe
sebahagian daripada reban ayam...


pokok salak pun ado..
Pokok cili, pokok sirih dan lain-lain tak sempat nak snap. Kiranya keluarga bapak ni memanfaatkan kawasan tanah di sekeliling rumah dengan jayanya...syabas!. Tambah satu lagi buah- buah cempedak rasanya, tak tertanya kat bapak apakah nama spesis buah nih... tengok dua kali macam buah nangka.

ce teka ce teka, buah apa ni?..hehe

Kampung Penan Muslim

Alhamdulillah pada orientasi kali ini, kami bertuah kerana berpeluang untuk merapatkan silaturrahim dan dapat berkampung di Kampung Penan Muslim-sempena program anak angkat. Sebelum bercerita lebih lanjut, mari kita soroti serba sedikit pemandangan kampung tersebut.

Jalan masuk ke kawasan kampung
kawasan tepi padang

pemandangan dari tepi jalan

...dan lagi...

kebanyakan rumah dua tingkat...
cuba perhatikan piring astro tu-hanya menumpang di rumah tinggalan...

kawasan balai raya-tempat program dijalankan- semasa mula-mula sampai
Gambar-gambar ni hanya sebahagian daripada kawasan kampung ini. Rata-rata penduduknya beragama Islam. Alhamdulillah juga, mudah bagi kami untuk menginap bersama-sama keluarga angkat 
dan dapat menjalankan ibadah Allah dengan baik.

cerita ceritu balik daripada kursus

7 mei 2011 (Sabtu) Semasa berkursus-mendengar ceramah, takdelah nak ambik gambo bebanyak.
Yang adonya semasa dah habis kursus dan nak ke Kampung Penan Muslim- yang tak jauh dari bandar Bintulu. Kebanyakan penduduk beragama Islam, dan ada sedikit kaum Iban dan Cina.

rakan-rakan dari semenanjung...yang bertugas di pelosok negeri Sarawak
adik-adik yang comel

bergambar reramai.....
sebahagian keluarga angkat yang sudi "mengangkat" kami...
sebahagian peserta...
...dan lagi...
Selepas sesi penyerahan anak angkat, kami makan dulu.
Kat bawah pun jadilah. Janji perut telah terisi.
makan jangan tak makan...
Selepas makan, barulah kami berangkat ke rumah keluarga angkat.
Berehat dan bersedia untuk aktiviti sukaneka sebelah petangnya.

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...