Selasa, 8 Mei 2012

Langkawi Mariii...

Pergi ke Langkawi kali nih banyak melayan karenah anak buahku Hadi. Dengan cerita telur, ayam bertelur di tempat yang sama- sebiji sehari - siap menjadi rutin anak buahku membantu mengutipnya. Ibu, ni tolur bu, simpan bu...hehe layans.

telur pada 29 April...

telur pada 1 Mei...hehe
Pastu cerita Hadi cube mengorat budak perempuan semasa menghantar encik suami ke epot. Nampak macam bagus je kans Hadi.
hamboiii no...

siap buat aksi manjalah tuh..
Pastu cerita dia suka baring di sejadah, sengaja tak beri ku bersolat - kena tutup pintu untuk tak beri dia mengacau masuk.

haipps...
Pastu siap masuk tudung saji dan suka diambil gambarnya.

janganlah cik Ana....
Aksi terokai dan memanjatnya dalam kereta dan aksi main angry bird.

Hadi pinjam jap ye cik Ana...

mula dah....

tengok Hadi cik Ana...

dan lagi...

control hidung...
hai cik Ana...

malu ler...

control macho...
Apa pun layans dan teruja dengan keletahnya yang menghiburkan hati. Ada rezeki dan panjang umur, nanti cik Ana dan Cik Wan datang lagi k. "Cik Ana balik ye Hadi,". "Tak boleh', kata Hadi. hehe...

nanti jumpa lagi ye Hadi...


frypan berbunga...

Macam menarik je kan tajuknya. Ni bukan apa, nampak satu set frypan berbunga yang agak menarik ada dijual di Idaman Suri. Berminat dengan coraknya tapi idoklah teman nak membelinya. Sekadar berkongsi gambar dengan sahabat sekalian. Jom tengok.



ni gambar selingan..tak lama lagi siaplah projek empayar HIG-Haji Ismail group, kompleks beli-belah berserta hotel yang dapat menandingi IS...alhamdulillah..semoga usaha anak Melayu terus berjaya...

Dunia polkadot

Kinek tok (sekarang ni) teruja dengan pelbagai barang dan segala bentuk polkadot yang ada kat mana-mana. Sempat beli beg bimbit, shawl, tudung polkadot (encik suami pun dah naik menyampah..sori bang..hehe). Layanss. Ni sebahagian barang/ benda bertemakan polkadot (tapi yang takdelah nak beli kannss).
tiang polkadot, part ni encik suami paling suka sbb dapat mengejekku..hehe..tengok tiang pun bentuk polkadot.. gelak kami berdua...

langsir polkadot..murah gak langsir nih .. harga dalam RM50++

beg tarik polkadot..menarik mmg debom..hehe..nasib baik dah beli beg yang lain..yg nih cuci mata je yer..hehe

Adalah sikit...
Adalah sikit gambar masa di Langkawi tuh. Tapi yang ada, gambar semasa berada di replika besar burung lang tuh dan kawasan sekitarnya masa encik suami ada. Selepas encik suami pergi berkursus, malas nak ke tempat lain – sementelah adik bekerja dan ku menjaga anak buah. Jom layans gambar sekitar yang sempat kurakam.














Apa yang kujumpa di Penang

Takdelah gempak sangat. Cuma sebelum ni memang takde jumpa lagi roti baharu jenama Gardenia nih. Nampak menarik, kusambar satu (berserta roti yang lain untuk teman-teman pejabat). Kata anak mami penang (penjaga mesin kira duit), cashier ler : roti nih dah lama ada dijual. Oo ye ke, ku mengiyakan jer. Manalah kutahu sebab dah duk kat Borneo, aman nak jumpa benda baharu macam tu kalau tak balik ke Malaya. Apa pun, layan roti ni, sedap gak, alhamdulillah – Sommerset Cottage – multi grain and seeds.
nyum nyum sodap gak..

makan sorang memang tak habis..harga: RM4.20

satu perjalanan....

Tiket penerbangan kali ni dah dibeli tahun lepas lagi. Kononnya nak transit dari Kuching ke Penang, pastu dari Penang ke Langkawi - kira pertama kali nih. Perjalanan pergi berjalan lancar bersama encik suami sekali - alhamdulillah. Tapi sayangnya bila mendarat di Lapangan Terbang Bayan Lepas, terminal dalam proses menambah baik, jadi pemandangan sekitar adalah terhad. Turun kapal pun kena menapak jauh untuk masuk ke terminal. Lagi-lagi kalau cuaca panas atau hujan, sabar jelah ek. Elok kami ambil bagasi jer, terus bawa untuk daftar masuk ke destinasi seterusnya, Langkawi. Pastu kami rehat sekejap dan makan serta meneruskan penerbangan ke Langkawi.
terminal tengah dibaik pulih...
tak lama lagi siaplah nih..
jauh menapak nak ke terminal..
Dek kerana encik suami perlu berkursus induksi di Teronoh, Perak, maka beliau perlu balik awal ke KL dan menaiki bas dari UiTM, Shah Alam ke tempat berkursus. Kursus selama 10 hari. Apa?? 10 hari!! Masakklah ku sorang balik ke Kuching nanti. Sabar ye Suhana, bukan lama pun (tika entri ni ditulis, rasa dah lama benar encik suami berkursus..hehe). Siap demam lagi (dapat cuti sakit sehari).
sampai je, cari laksa..makan dan makan..nyum nyum

pembasah tekak...jom pekena cendoi..
Keadaan mencabarnya pulak bila ku perlu balik berseorangan dari Langkawi ke Penang, 1 Mei pukul 2.30 petang (ni ok lagi), dan dari Penang ke Kuching semula pada esok paginya (2 Mei), 7.05 pagi penerbanganku. Ah sudah. Takkan ku nak tido dan bermalam di terminal Bayan Lepas sorang-sorang. Atas cadangan adikku, ku menghubungi adik kepada rakanku yang berkebetulan diam tak jauh dari lapangan terbang – alhamdulillah. Maka ku menumpang rumahnya sebelum berangkat esok paginya – terima kasih Khaidir, Liza dan Dayah.

selamat tinggal Langkawi..panjang umur, murah rezeki, ku kan datang lagi..insya-Allah.

pemandangan dari tingkat 11- kawasan perindustrian Bayan Lepas, dekat dengan lapangan terbang...

hari hampir senja...

Panjang pulak celotehku ini yer kali nih dek jiwa kacau encik suami jauh di mata..hehe. Harap tak jemu membacanya. Itu je nak cerita. Lepas ni memang kalau boleh takmo ambik penerbangan ke Penang kalau nak ke Langkawi. Baik kubeli terus ke LCCT barulah ke Langkawi. Kalau apa-apa berlaku, boleh duduk di rumah sendiri. Apa pun pengalaman yang dilalui ini sungguh berharga. Terima kasih Ya Allah.
p/s: gambar tak banyak dirakam sebab tak banyak berjalan-jalan dan mood ke laut untuk merakam gambo..hehe...

Isnin, 7 Mei 2012

selamat datang bulan Mei...

As salam
Selamat berjumpa lagi pada bulan Mei ni. Macam biasalah, bila kemalasan melanda, barulah nak tambah entri kat blog pada ketika ini. Cerita bulan lepas dibawa ke bulan Mei. Hmm..malas melobo-lobo (berganda-ganda) sebab cik abang jauh di mata. Cerita kali nih berkisar dari mula ku nak bercuti jumpa anak buah di Langkawi hingga baik semula ke bumi Darul Hana.
kek gulung kukus...
apam polkadot yg kurang kembang..hmmm

Kali ni kali kedua kubuat kek gulung kukus dan buat corak strawberi plak. Ajaib sebab yang dicorak ada bentuk strawberi, tetapi bila dah siap kukus, jadi bentuk bunga plak. Bertungkus-lumus juga buat kek gulung kukus dan apam polkadot pada masa yang sama. Apa pun layan untuk anak buahku tersayang. Alhamdulillah dia suka makan.
siap kucorak cantik-cantik...hehe

hasil selepas dikukus...ajaib...lari dah coraknya..hehe

ni bahagian yg hendak disapu jem..dan jadi bentuk bunga plak...hehe..layanss...

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...