Isnin, 15 Ogos 2011

Jom masak bubur lambuk ala Pahang

Sudah lama tak buat bubur lambuk ala Pahang. Kelmarin sempatlah juga buat setelah bahan-bahan yang dicari telah lengkap semuanya. Balik je dari Pasar Satok dan Kota Semarahan, terus je kami siang ikan, udang, sotong dan segala macam bahan sayuran dan bahan lain. Nak masak bubur ni mudah, cumanya perlu mengambil masa yang lama untuk menyediakan bahan-bahannya.
sayur pucuk manis, midin, udang, sotong, jagung muda, isi ikan, hirisan daun unyit dan daun kesum, santan, hirisan halia, bawang merah dan serai, serta halba jangan lupa.

     Kali ni, mari saya tunjukkan jenis bahan dan cara nak masak bubur ni yer. Dah siap mengurusin bahan-bahan, bolehlah kita mulai masak. Basuh beras dalam satu pot, masukkan dalam periuk besar dan masak seperti biasa, masukkan sekali ubi keledek yang dipotong dadu. Cara selebihnya, sila rujuk pada gambar yer. 
masak beras seperti biasa-sukatan air biasa, campur keledek sekali..
agak-agak dah hampir masak, tambahkan air mcm nak masak bubur, masukkan hirisan bawang, halia dan serai..
masukkan isi ikan (kalau nak tumbuk sekali dengan lada hitam pun boleh)
masukkan santan (ni guna santan segera jer)
pastu masukkan udang dan sotong (kalau nak letak kemudian pun boleh sebab tak nak bagi sotong keras kalau masak lama)...
masukkan hirisan daun kunyit dan daun kesum (racik halus bg mudah nak makan, kalau carik, besar nanti jadinya)
masukkan sayur pucuk manis dan jagung muda...kacau hingga sebati..
tunggu jap sebab nak bagi sayur pucuk manis tu masak sedikit...
pastu jangan lupa kira sayur wajib nih-midin...(pucuk paku)
masukkan lada hitam yang telah ditumbuk (baru teringat, sebab tu masukkan agak akhir)...
gaul lagi hingga bahan-bahan masak dan sebati...
dah siap..inilah hasilnya..selamat mencuba ye tuan dan puan...hidangan bubur lambuk ala Pahang yg banyak sayur nih boleh makan untuk tiga hari kalau makan berdua sahaja, kalau dengan kawan-kawan, tak payah tanya...beberapa jam dah habis licin...hehe..

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...