Assalamualaikum sahabatku semua.
Bertemu lagi di pagi Jumaat yang penuh barokah ini (yeayy mood rajin sudah mari). Pejabat agak sunyi pagi ni sebab ramai pegawai dan staf bertugas di luar kawasan - Miri dan Bintulu/ Majlis Pengucapan Puisi Bandaraya Miri dan Pertandingan Forum Remaja 2015 Peringkat Negeri Sarawak. Semoga urusan sahabat semua dipermudahkan oleh Allah SWT..Amin.
Kami yang tinggai ni, apa lagi jalankan tugaslah. Sedang kemas kini fail meja you. Diana, Fatin, kak Monie, Kak Suzanti...dah siap lum Fail Meja? Seronok buat fail meja sebenarnya kalau dah dapat rentak. Tapi nak tunggu datangnya rentak itu sungguh hebat dugaannya kans...MALAS. Perlahan-lahan kita selesaikan k.
Malam tadi sebelum tido, tetiba ada rasa kerinduan pada sahabatku semua. Rindunya dengan suasana KL. Susahnya nak jumpa mereka. Kalau takde bawa peserta sahibba/puisi mahupun forum pelajar, takdenya dapat aku ke KL. Rindunya!! Ni baru sahaja hantar borang nak dapatkan kursus ke KL-mudah-mudahan dapat. Sampaikan ramai kakak-kakakku yang kukenal, ramai yang dah bersara tidak sempat kupamit. Doaku dari kejauhan agar mereka semua diberi kesihatan yang baik, ketenangan, rahmat dan kasih sayang yang berpanjangan oleh Allah SWT..Amin.
Moh kita sambung kerja...jangan mengantuk ye Suhana!
Satu penghijrahan yang membawa seribu makna kehidupan yang penuh suka dan duka. Daripada situlah kita belajar dan terus belajar untuk bersyukur dan memaknakan kehidupan...
Jumaat, 15 Mei 2015
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tahun 2020 yang mencabar
Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...
-
Assalamualaikum semua. Sempena hari cuti pekerja nih sepatutnya boleh pergi bercuti ke mana-mana, tetapi tak sempat nak rancang. Jadinya per...
-
Entri terakhir untuk malam ini. Limau ni diberi nama limau susu. Kebetulan kawan-kawan baru balik dari Sibu, sempatlah mereka membeli limau ...
2 ulasan:
belum ada arahan buat fail meja..hahah..
cayok2 suhana...oiii bila nk dtg kl...bawak kek2 ko yg sedap tu
haha..tak perlu tunggu arahan hokeyyy..buat je sikit2...
15 Jun ni aku datang-ada pertandingan sahibba/deklamasi puisi..ko tunggu Diana..aku datang bawak kek..haha...
Catat Ulasan