Selasa, 12 April 2016

Dap..dap..dap

Kita cerita pasal makanan dan minuman (dan seangkatan dengannya) pulak ek. Asyik belalang ler, lukisan ler..hehe. Sedang asyik mencoret nih..ayuh teruskan kayuhan..sangattt!!..hehe. Lap peluh jap. Pieww..Gambo pertama tuh Mi Jawa Seafood namanya stail Sarawak. Dahlah Jawa, pastu seafood plak..hehe..tetiba plak. Kalau nak Mi Jawa Spesel plak...mereka akan tambah beberapa cucuk sate ayam atau lembu. Inilah keunikan bumi Sarawak. Cakap nak spesel je, dapat makan sekali dengan sate. Harga lebih sikit je. Budaya orang sini, makan sate waktu pagi pun boleh dan sate yang dibakar banyak isi dan tidak berminyak atau terbako (kamek sik suka sate nok hangus). Dengan kata lain, sate yang dibakar bersih je dan sedap..hehe (nanti i ambik gambo sate plak ek).
ini ialah Mi Jawa Seafood stail Sarawak...
Nak lagi spesel..buh sate dua tiga cucuk..mabeles..hehe
Gambar kedua plak, gambo kuih tradisi sini, kuih bongkol (tongkol dialek orang kampung). Rasanya macam kuih bungkus yang lain. Apa yang penting, nak carik orang yang pandai buat jer, sedap dan halus gituh!.Harga seketui maunya 70-80 sen (sebelum nih 40-50 sen jer). Tapi ada jugak yang masih jual RM1 untuk tiga ketui..mudah-mudahan makin banyak rezeki orang itu. Aamin. Boleh dimakan semasa panas-panas, lagi sodap dimakan sejuk..nyamss.
ni pulak kuih bongkol (atau tongkol dialek kampung)...
nyamss..sedap dimakan sejuk-sejuk...
 --- Yang kat bawah ni macam biasalah. Air Teh C Peng spesel, yang menjadi trademark hidangan minuman kat sini. Hehe..sejuk dan menyegarkan. Pati yang bawah boleh guna gula apung (melaka) atau perasa pandan atau wheatgrass (macam sejenis dengan rumput kot..harap-harap rumput yang sihat..haha).
 
--- Cara buat (i baru perati orang kantin buat) tuang pati gula apung dalam gelas panjang (pendek pun boleh), pastu letak ais banyak sikit (separuh penuh), tuang susu cair (lagi banyak lagi sodap), pastu akhir sekali buh bancuhan teh...siapp!! Jangan gaul dulu ok, biarkan pengorder yang kacau sendirik (barulah heaven..haha). Bercerita bagai nak bagi kecur liur semua jer..Hampunkan saya...hehe
 
Teh C Peng Spesel
--- Yang ni larik daripada tajuk. Jadiklah, janji dalam kategori makanan..ye dak (jangan kecam saya..haha). Apakah ini..haha..apa da Suhana nih. Mestilah semua kenal ni kan, ngada nak menguji..hehe. Inilah cream cheese. Apa yang menariknya, terkini dijual dengan pelbagai perasa - tiramisu, mangga, oren lemon. Woww! bestnyer. Leh cuba lepas nih. Jenama tak pasti plak, produk dari Singapura (ada cap logo halal).
 
--- Tetapi jangan berkira tengok harganya masa nak beli..hehe (beli terus masa dapat gaji-tak berasa sangat nak beli..eh boleh pakai ke petua aku ini..haha). Sebagai panduan, harga yang terpamer dan dijual di pasaraya besar Gergasi. Leh cuba usya-usya dan beli..hehe (Mesti kak Monie dan Mak Aji suka). Aku plak..bak kata tadi..tunggu gaji na, takpun pergi dengan encik suami, capai dan selamba jer encik suami tolong bayarkan bersama-sama barang lain (kan tak berasa atau tak perasan...pasni encik suami akan perasan jika terbaca entriku..ampunkan saya bang!)...ok tak ideaku..Haha. Cuba praktikkan bila line is clear!..hehe..sekadar gurauan.
yang ni plak..selingan jer..cream cheese
Menariknya sebab ada pelbagai perasa sekarang nih...
jom cuba carik dan buat, Kak Monie, Kak Suzanti dan Mak Aji..
Jangan kata adik tak payung!! hehe...

2 ulasan:

Aida Salleh berkata...

Cream cheese pelbagai perasa tu akak tak pernah jumpa pun kat kl...ishhh ni tak puas hati ni...nak kena carik ni...

Siti Suhana berkata...

hihi...kena carik tau kak..leh cuba buat cheese tart...

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...