Haha..yelah dah masuk 20 Januari 2017 baru nak tulis entri, apa kes? Biasalah LPNT, SKT dan segala T nak kena siapkan kans. Inipun sambil telan roti yang dah tamat tempoh cicah air nescafe peng! Gituh!...haha (jangan sakit perut nanti udahlah). Mata memang dah lebam asyik akhir je masuk tido..hehe. Pagi ni ada perhimpunan bulanan ye Suhana..siap!
Apa nak cite nih? Adoilah. Lepas seminggu bercuti ke Penang, kami balik kampung suami pulak, abah tak sihat. Kakinya krem sebab sejuk katanya. Masa kami balik, dah ok sikit kakinya. Masa abah kena tuh, memang tak boleh jalan sungguh. Memang kesian. Anak sedaranya di Kemaman yang tolong ambik dan dibawa ke rumah mereka. Bila dah ok sikit (sikit jer), abah gagahi jua balik dan memandu sendiri ke rumah. Biasalah orang tua, mana selesa duk rumah orang waima rumah anaknya. Syukur abah selamat sampai di rumah. Sebab itulah encik suami ambil keputusan balik (pada awalnya sorang je, memandangkan tiket tak berapa mahal, makanya aku balik sekalilah - yelah kalau sewa kereta pun bayar jumlah hak tuh, bukan boleh kurang pun kalau seorang je yang sewa..hehe). Sempat temankan abah ke Kemaman untuk urusannya dan jumpa kawang lama masa kat UKM dulu. Tak rancang nak jumpanya pun. Akhirnya, paksa dia datang jumpaku di Aziz Sata, Kemaman. Sori Laily. Nasib baik rumah mu dok jauh. Layankan jelah kawang mu ini ye. Terima kasih Li, walaupun tak dapat borak panjang, aku hargai kehadiranmu..cewah!
Sempat juga melawat kawan sekolah rendah yang baru pindah dari Bentong ke Kuantan semula. Datang rumahnya, siap makan dan borak 3-4 jam. Terima kasih Zuhaira (Wa) dan keluarga yang sudi terima kehadiran kami. Ada rezeki, panjang umur, kita jumpa lagi. Insya-Allah. Dan sempat ke rumah kawan suami - Awi dan Kak Ija (banyak juga aktiviti jumpa kengkawan). Alhamdulillah, semoga dapat mengeratkan silaturahim keluarga dan sahabat lama. Itu yang seronok juga kalau dapat balik kampung...kanss.
Jom pi perhimpunan bulanan sat.
Lepas balik dari kampung. Teruskan kehidupan macam biasa. Pergi kerja balik kerja. Hujung minggu pergi Serikin (kalau ada keperluan/kalau boring pun akan pergi jugak walaupun hanya cuci mata telinga..hehe).
Hanya nak kongsi sikit satu cerita. Ada sahabat yang pernah sama-sama berkursus (lain jabatan/dia orang semenanjung gak). Memang perasan dah lama tak kemas kini fb. Baru ni ada berjumpa rakan sekerjanya dan bertanyakan beliau. Mula tak mengaku apa yang berlaku. Tak lama diberitahu bahawa sahabat tersebut dipenjarakan sembilan bulan atas sebab pecah amanah rasanya sebab melibatkan SPRM dan beliau telah difitnah katanya (tak pasti kes apa). Allah...sedihnya bila dengar sebab kami tahu dia baik orangnya. Baru je dapat anak nombor dua. Bila kejadian ni berlaku, anak isteri terpaksa balik kampung dan automatik beliau mesti dibuang kerja apabila telah disabitkan kesalahan dan dipenjara. Memang terasa sebak juga bila melibatkan nasibya. Begitu besar ujian buatnya. Semoga beliau tabah untuk meneruskan kehidupannya nanti.
Nanti sambung cerita lain k. Jom sambung kerja...
Tiada ulasan:
Catat Ulasan