Isnin, 8 Mei 2017

KLCC...kami datang!

Assalamualaikum semua..
Bersiaran kembali kita di arena blog (macam laporan sukan plak ye..hehe). Jom nikmati gambo-gambo masa adik-beradik, anak buah cheq dan suamiku ke KLCC hari tuh. Mak dan abah duk umahku, malas nak keluar katanya. Nak bawak mak agak mencabar sebab perlu pakai kerusi roda nak naik turun LRT. Ada rezeki, lain masa kita gi ye mak. Maafkan anak-anakmu ini. Disebabkan percutian singkat, masa pun terhad. Mujur ku ada turun KL, kembarku nak turun KL gak, ajak mengeTAR katanya.
Dua gambo kat atas nih, masa hari kejadian sebelum adik-adik yang lain sampai ke KL. Kami dok ronda Sogo dan mengeTAR jap. Syok shopping sampai coin parking hilang-nasib baik Anie nak bayar sebab dia yang hilangkan. Aku? Tukang uruskan pembayaran kat Tingkat 3, Sogo. Adoii!! Sibuk membeli-belah, sampai tak sedar benda tu tercicir.

Selesai kami membeli-belah, balik rumah dan belah malam baru yang lain sampai. Esoknya sambung lagi gi KL. Tujuan utama nak ke KLCC-Hadi teruja nak tengok menara berkembaq katanya (maklumlah maknya kembaq..haha..takde kena-mengena). Anak buah - Rayyan aka Oyen pun ada sekali. Riuhlah dua sepupu bertemu (seronoklah depa). Dapat berkumpul, jumpa atuk dan nenek. Jom layan gambaq mereka.






Antara kedai yang ada kat KLCC...menarik kan gambo mesin taip lama tuh!
Mak Oyen dan Cik Wanie teruja tengok bunga..macam nak buat bouquet terus jer..hehe
Masa ni gambaq nak naik tren dari KLCC ke KL Sentral. bagilah depa rasa kans...makcik-makciknya pun teruja sekali..haha. Kat tren suara depa je yang riuh, nasib baik penumpang lain faham, dok perati je. Muka teruja Oyen dan Hadi...layankan aje.

Alhamdulillah dapat berkumpul adik-beradik (kecuali adik lelaki-tolong jaga mak sekejap). 
Bagi kredit encik suami yang teman kami pi sini-baca waze, kupandu keta..hehe.
Alhamdulillah, perangai depa dua dok elok je, lari sama, minum sama, baca sama...Harap sampai besar duk elok je na. Panjang umur, murah rezeki nanti kita jalan-jalan lagi ye Hadi dan Oyen...bawak nenek dan atuk sekali.

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...