Jumaat, 7 Julai 2017

Ke Vietnam kita?

Ke Vietnam Kita pada 24 hingga 26 Mei 2017 (balik sehari sebelum puasa u oll!)

Nak pergi ke Vietnam secara tak dirancang pun. Jarak masa diajak untuk ke Ho Ci Minh dalam masa tiga minggu. Bukan apa, takut tak sempat nak mohon insurans keluar negara dengan pentadbiran DBP, KL. Tiket dah dibelikan, Hotel telah ditempah, ok jelah mengikut sahabatku, Dani (personel shopper - PS yang banyak kali dah ke Vietnam). Mujur Dani banyak pengalaman. Rasa selesa sikit nak ikut dia tanpa suamiku. Iyelah, selalu keluar negara dengan encik suami. Yang ni kena usaha sendirik. Dah dapat lampu hijau, jom kita pergi! Urusan kebenaran nak keluar negara serta insurans pun dah dapat walaupun di saat-saat akhir permohonan. Alhamdulillah. 

23 Mei 2017. Aku dari epot Kuching ke KLIA sebelah petang dan Dani naik bas dari kampung (Benut) ke KLIA - kami jumpa di situ. Tapi Dani ambik bas 11 malam, sampai ke KLIA jam 2 pagi maunya. Aku yang berpeluh tunggu sampai lebam..haha. Mujur dah ada pengalaman keluar negara dan Dani pertama kali melalui KLIA. Selalunya Dani naik AA melalui epot Senai. Alhamdulillah juga, tiket Malindo agak murah, seorang dalam RM400++ dua hala. Terkini, Malindo penerbangan mulai banyak untuk keluar negara. Alhamdulillah kaunter daftar masuk dah dibuka seawal 4 pagi. Kami daftar masuk diri dan beg, kemudian terus ke ruangan masuk antarabangsa, berehat di surau dan menunggu Subuh. Sejuk gile lantai surau-almaklumlah nak elak orang tido nyenyak atau memang tak dibenarkan tido dalam surau! Alhamdulillah, tak ramai orang sebab di ruangan antarabangsa kan. Hanya ada petugas epot yang lagi awal tido dari kami.

Gambo tepek kemudian-belum sempat pilih.

24 Mei 2017. Berdebo-debo juga bila dah menjejakkan kaki di Ho Ci Minh. Dani siap pesan awal-awal untuk tukar mata wang RM154 kepada Dong (700 ribu Dong) untuk bayaran teksi. Untuk urus niaga dekat-dekat Ban Tanh boleh menggunakan RM. Bajet cukup-cukup dalam RM2K dan jangan lebih aa..hehe. Lainlah Dani sebagai PS yang perlu banyak bawa RM untuk urus niaganya. Selepas bayar teksi (200 ribu Dong = RM45) di kaunter, kami di bawa ke hotel dekat bangunan Ban Tanh. Lorong jalan dekat hotel tu memang betul-betul depan Ban Tanh, memang syok nak beli-belah. Dekat je u oll. Sedia pitih je. Tempat makanan halal pun mudah nak carik, berhadapan dengan hotel.

Sambung cite ye...takde idea nak mengarang buat masa nih! Adoilah Mak Jemah nih...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...