Rabu, 6 Jun 2018

Kenduri Wandy

13.1.2018
Sempat juga meraikan majlis perkahwinan rakan pejabat, saudara Wandy di rumah pengantin perempuan nun jauh sebelum naik jambatan Batang Sadong - dekat dua jam jugak. Bawak Ija dan kak Zarina sekali. Encik Zul dan isteri naik kereta lain. Datang-datang terus makan sambil tunggu pengantin nak masuk bersanding. Selamat pengantin baharu Wandy dan isteri.
 
 
 Antara rakan-rakan pejabat yang sempat menghadiri majlis Wandy.
 
 
Selepas majlis, kami nak makan mi udang Gumpey pulak kat Kampung Gedong, Simunjan. Hari memang mendung je dan hujan sekali-sekala. Agak jauh juga nak ke sana. Sebab tak pernah pergi, tu yang main redah je pergi berpandukan map. Memang tempat ni dah terkenal dengan udangnya, cuma nak pergi tuh bercintalah. Bila dapat peluang, layankan ajer. Hmm rasa mi udangnya oklah, janji dapat makan udangnya. Udangnya pun banyak saiz, kalau lagi besar, lagi mahal lah kans..hehe. Kami makan yang sederhana, sorang makan dan minum dalam harga RM17-RM20.
 
 
 
 
Layankan minum air durian belanda yang sedap dan ohsem!
 
 
Ni pun udang gak, tapi tak dapat dimakan...hehe

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...