Rabu, 9 Mac 2016

Pisang lagi

Next...sambung lagi..hati tengah membara nih..haha

Bahagia jugaklah rasanya dapat cerita pasal pisang. Bukan apa, selama lima tahun di perantauan nih, selama itu jugaklah pokok-pokok pisang di depan atau belakang rumah kami di KL sentiasa berbuah (ditambah dengan pokok pisang rumah jiran jugak sebab berbagi dari spesis pokok yang sama).

ni pisang berangan kat depan rumah...dua pokok berbuah.
Walaupun tak banyak..syukur masih berbuah
Alhamdulillah. Kalau tak pisang berangan, pisang 40 hari pulak. Jika kebetulan balik Kl, dan pisang berbuah dapatlah kami merasa dan berbagi dengan jiran tetangga - rezeki dari Allah elok dikongsi dak.
ni pisang 40 hari di belakang rumah..
dapatlah merasa...alhamdulillah
alhamdulillah..sempat diperam dan dimakan bersama-sama
kawan pejabat..besar buahnya...
Yang tak dapat dikongsi makan ialah ikan gupi dengan pokok teratai..hehe. Alhamdulillah masih terjaga rapi. Kurang air je, jiran-jiran tolong isikan nak bagi pokok dan ikan hidup.
hidupan yang masih bernyawa...syukur..

Ok. Bai! Nak lagi ke kak Monie...haha

Tempat cantik, hati tertarik

Dah alang-alang bercerita..jom terus berkayuh..haha

Semasa bawa KP dan isteri makan tengah hari Sabtu baru nih, tak sangka cantik dan klasik tempat makan tuh. KP pun tenang je sambil makan sambil dihidangkan halwa telinga dengan lagu-lagu P. Ramlee. Tak sia-sia bawa beliau dan isteri ke Restoran Kopi O Korner. Selain tempat makan yang sentiasa penuh, rupanya ada kawasan/tempat di sebelah (ruangan makan yang boleh ditempah khas) yang sengaja dihias indah dengan barang-barang lama dan antik. Jom layan gambar.

basikal lama menyambut kedatangan kami..
meriah dengan belon dan ada sia

tingkap rumah sapa jadik mangsa nih..haha

klasik kan??

ni pun sama...

memang nampak klasik gituh..

hiasan dinding dari sisi yang lain...

teknik pencahayaan menyerlahkan ruang
dan barang yang dipamer..
Hah..best kan?? Nanti kak Monie dan sapa-sapa ke Kuching, I bawak ke tempat ni ke..tak dapat makan, dapat bergambar jadiklah kans..hehe. Selamat cuci mato.

Menyahut cabaran

Assalamualaikum...

Kugagahi jua untuk menulis setelah sekain lama (hampir setahun) menyepi (menyepi sangat.. haha). Dan lagi kakak gengster KL dah bagi warning..haha. (ada orang bertahun-tahun tak tulis blog..ok je kita..haha). Tak suka tau..haha. Tapi suka baca blog kakak Monie je tau, boleh? Ni sambil menulis blog sambil menulis minit mesyuarat tau..haha. Banyak perkara nak cerita sebenonya tapi malas nak menaip...huhu.
Alhamdulillah cuaca redup jer..
bersama-sama Puan Hajah Ross dan Kak Shuhailey
Takpe..takpe..saya cite sikit-sikit sambil berfikir. Hari Sabtu (5 Mac) baru ni telah diamanahkan membawa isteri KP (Puan Hajah Roos Mohamed - cantik kan beliau) berjalai-jalai ke Serikin (memang nak ke Serikin pun-tiap hujung minggu pergi) sambil ditemani oleh kak Shuhailey dan kak Pot. Nasib baik Puan Hajah Roos ni sporting. Kukata perlu pergi awal sesudah Subuh, mengikut je katanya. Alhamdulillah cuaca redup-mendung ke arah nak turun hujan, sampai kami balik tak hujan -lancar kami menghabiskan duit.. haha. Puan Hajah memang sempoi dibawa berjalan-teman beli kain untuk anak menantu cucu serta suami. Cun (tepat) pukul 11.00 pagi perlu pulang sebab ada acara lain (acara makan bersama-sama KP). Alhamdulillah tepat masanya sampai di Satok dan makan tengah hari. Selesai tugasan dan amanah pada masa itu (kunjungan mereka berdua untuk pertama kalinya setelah dilantik sebagai KP-menghadiri perhimpunan bulanan dan pementasan Teater Bangsawan Sultan Tengah). Alhamdulillah.

sebelah kanan sekali gerangan KP yang baharu - Tuan Haji Abdul Adziz bin Abas
Selamat datang Ke Kuching!

Ok. Siap satu entri...Next..haha...bikin panas kak Monie...

Khamis, 28 Mei 2015

Cuti tapi tak bercuti!!

Assalamualaikum sahabat maya semua..apa khabar semua?

Dah nak mula cuti sekolah ek. Best kan. Tapi kekadang mak ayah yang pening bila mula cuti sekolah. Kalau anak-anak yang dah pandai berdikari, mudah diurus, paling kurang mereka akan pergi kelas tuisyen, lagi baik hantar ke kampung kukuhkan kasih sayang dengan atuk nenek - gitu. Kalau anak-anak yang masih perlukan pengawasan, akan dihantar ke rumah pengasuh ke, taska ke, tak pun ayah dan mak jaga sendiri sebab mak ayah berstatus guru - untunglah...hehe..

Bagi kami di sini (Sarawak), ada cuti umum untuk Hari Gawai pada 1 dan 2 Jun, untunglah. Bagi warga Sabah, bercuti umum untuk Hari Keamatan pada 30 dan 31 Mei. Cuti memang cuti..tapi..tapi..kami tak balik bercuti sebab tiket belon mahaiii. Huhu.. Perlu fikirkan nak bercuti kat manalah kat bumi Sarawak ni. Takde idea you you. Susah nak fikir, akhirnya nanti duduk rumah diam-diam - cuci kereta, cuci bilik air, kemas dapur, cabut lalang belakang rumah dll. Tak bestnyer bila tak dapat balik kampung..selalunya dapat balik kalau cuti-cuti macam nih. Takpelah, redho ye Suhana. Baik!

Naik daripada cuti, bertugas untuk Dialog Borneo-Kalimantan Kali ke-12 di Institut Aminuddin Baki, Santubong dari 4-6 Jun 2015. Kengkawan yang berminat nak sertai, boleh hubungi kami. Dialog ini melibatkan penyertaan dan pembentangan kertas kerja dari Sabah, Sarawak, Kalimantan dan juga Semenanjung.

Hmm...baru teringat, ada beli telur sepapan, harapnya berpanaslah ovenku nanti. Ambik nafas... hembus... caiyuk2... Jom belek-belek buku resepi...hihi..

P/S : Diana..hang sibuk ek.. tengah tunggu entri daripada hang...hehe

Khamis, 21 Mei 2015

tumpang gembira

Assalamualaikum semua...

Bertemu lagi edisi malam Jumaat..macam cerita seram je...haha..Sesempat mana kutulis...kutulis... layankan ajer..

Dua hari lepas, sahabat-sahabat di DBP, KL dapat surat kenaikan pangkat dan kudapat tahu baru hari ini. Alhamdulillah. Kebanyakan mereka seangkatan denganku masa masuk kerja dulu. Ada yang berbeza berapa tahun saja. Syukur..dengan berkat kesabaran dan usaha mereka...Allah beri rezeki pada mereka juga. Untuk sahabat-sahabat lain yang masih belum diizinkan Allah SWT untuk kenaikan pangkat, bersabarlah kerana perancangan Allah SWT adalah yang sebaik-baiknya. Kerana juga kupernah melalui saat-saat seumpama itu, berusahalah dan terus berdoa...kami doakan anda semua akan terus tabah dan dikurniakan kenaikan pangkat suatu masa nanti. Amin...

Nak selitkan jugak. Semalam tak dapat berjalan sebab adik datang. Petang tadi sempat berjalan enam kilometer, alhamdulillah cuaca baik dengan izin Allah SWT..lepas naik kereta untuk balik rumah, hujan turun di pertengahan jalan. Perancangan Allah SWT adalah sebaik-baiknya..syukur.

Selepas solat Isyak tadi ada menerima wassap dan panggilan dari adik. Ada sesuatu perkara yang baik dikhabarkan buatku. Allah Maha Mengetahui isi hati setiap hamba-Nya. Semoga Allah SWT mengizinkan dan mempermudahkan urusan tersebut. Nak tahu perkara apa..kurasa biarlah dulu, sekiranya perkara ini betul-betul konpem... barulah ku bersedia kongsikan perkara yang baik ini dengan semua sahabatku. Perancangan Allah SWT adalah sebaik-baiknya...Allahuakbar..

Selasa, 19 Mei 2015

Apa nak buat minggu nih?

Assalamualaikum sahabat semua...semoga semua sihat dan ceria.

Apa nak buat minggu ni kans...apabila bercerita tanpa gambar..mesti bosan kan. Tapi apa kan daya, susah nak muat naik gambar..nak lepas satu pun cukup seksa. Kita bercerita jelah ek buat masa nih. Beberapa hari ini minta encik suami melihat tiket balik KL ke, Johor ke..mana tahu kot-kot ada yang murah kans. Hmm..lum ada rezeki nak beli sebab masih mahal..minggu nih kita carik lagi ye bang. Jangan putus asa ye. Maklumlah nak cuti umum sempena Gawai katanya...dua hari you, 1 dan 2 Jun. Cuti lama tuh..ingatnya nak balik kampuang kans! Kita tunggu keajaiban k, tiket murah seminggu sebelum tarikh cuti tuh, baru boleh balik..kalau takde..duk diam-diam kat Samarahan k..hehe.

Semalam takde semangat..maklumlah hari senin. Hari ni kena pergi jugak. Pergi mana? Pergi jalan kaki je (bukan joging ok). Jalan kaki pun hampir 5-6 kilometer. Jadiklah. Daripada tak buat langsung. Lagi pun, ramai kengkawan nak turun hari ini. Nak berzumba, macam kurang minat, tetapi kalau dapat ruang dan peluang..ok je kot.. Caiyuk2 Suhana. Mudah-mudahan dapat buat tiga kali seminggu. Kadar melahap makanan pun kena jaga juga Suhana oi!! Baikk..akan kucuba.

Hujung minggu ni pergi Serikin lagi gamaknya sebab ada kengkawan nak order kain ala songket tuh. Layankan aje sebelum kegilaan bermusim ini berakhir kelak. Lagi pun ada yang nak order minyak angin jugak. Bagi orang Malaya macam kami, ke Serikinlah tempat penghibur hujung minggu nak berjalan-jalan, sama ada window shopping jer atau paling kurang makan mee kolok, tak pun angkut petai sepapan, ubi keladi, buah advokat Indonesia. Serikin macam-macam ada- banyak barang dari Indonesia. Tinggal sedia duit je nak berbeli. Takde pitih pun takpe..isi minyak penuh dan pergi cuci mato je...hehe. Sebab itulah, jika ada kengkawan nak datang Sarawak, minta mereka datang hujung minggu sebab Serikin bukak pada hari Sabtu dan Ahad jer.

Panjang plak berceloteh kans. Jadiklah daripada takde. Jom kita joging eh silap..jalan kaki petang nih!! (Kalau tak kurang jugak berat badan, bukan salah ibu mengandung k, tanyalah empunya diri!). Mari amalkan hidup sihat..eh tetiba..hehe

Jumaat, 15 Mei 2015

Rinduuu...

Assalamualaikum sahabatku semua.

Bertemu lagi di pagi Jumaat yang penuh barokah ini (yeayy mood rajin sudah mari). Pejabat agak sunyi pagi ni sebab ramai pegawai dan staf bertugas di luar kawasan - Miri dan Bintulu/ Majlis Pengucapan Puisi Bandaraya Miri dan Pertandingan Forum Remaja 2015 Peringkat Negeri Sarawak. Semoga urusan sahabat semua dipermudahkan oleh Allah SWT..Amin.

Kami yang tinggai ni, apa lagi jalankan tugaslah. Sedang kemas kini fail meja you. Diana, Fatin, kak Monie, Kak Suzanti...dah siap lum Fail Meja? Seronok buat fail meja sebenarnya kalau dah dapat rentak. Tapi nak tunggu datangnya rentak itu sungguh hebat dugaannya kans...MALAS. Perlahan-lahan kita selesaikan k.

Malam tadi sebelum tido, tetiba ada rasa kerinduan pada sahabatku semua. Rindunya dengan suasana KL. Susahnya nak jumpa mereka. Kalau takde bawa peserta sahibba/puisi mahupun forum pelajar, takdenya dapat aku ke KL. Rindunya!! Ni baru sahaja hantar borang nak dapatkan kursus ke KL-mudah-mudahan dapat. Sampaikan ramai kakak-kakakku yang kukenal, ramai yang dah bersara tidak sempat kupamit. Doaku dari kejauhan agar mereka semua diberi kesihatan yang baik, ketenangan, rahmat dan kasih sayang yang berpanjangan oleh Allah SWT..Amin.

Moh kita sambung kerja...jangan mengantuk ye Suhana!

Selasa, 12 Mei 2015

Bila nak mula nih?

Assalamualaikum sahabat semua.

Mood rajin dah marii..sangatt..hehe.
Sementelah takde projek sendiri ditangani sehingga akhir bulan Mei, dapat mencuri masa nak mencoret. Nak celen Diana tak mampu rasanya..haha. Hujung minggu baru nih, berpeluang ke Sebuyau (bersebelahan Daerah Simunjan). Meraikan adik sepejabat yang bertunang dengan orang Temerloh..you you! Alhamdulillah. Nak ke Sebuyau perlu menaiki feri di pangkalan Sungai Buloh - yang bawak kereta dan penumpang sekali, tak jauh mana pun dalam 10 minit je dah sampai ke seberang. Jambatan penghubung sedang dalam proses pembinaan dan dijangka siap tahun 2017.

Buat majlis bertunang sebelah malam dalam suasana yang sederhana - alhamdulillah. Tanpa memasang peterena indah ke khemah untuk tetamu, tetapi cukuplah perut kami diisi dengan kenyang dan lazat..hehe. Iyelah, zaman sekarang, susah nak cari majlis pertunangan yang simple. Pada zaman sekarang, siap pasang khemah 2-3 buah, peterana indah dan meriah bagai. Memanglah tuan rumah berniat baik, dapat mengumpulkan saudara-mara dan erat silaturrahim. Tetapi sekiranya sudah tahap membazir, tidak elok rasanya. Elok majlis pertunangan dibuat secara sederhana dan majlis akad nikah-persandingan dibuat meriah sebagai tanda ikatan sah termerai sudah dan wajib diuar-uarkan. Apapun, bergantung kepada niat seseorang untuk melakukan sesuatu perkara. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati segala perkara yang kita lakukan..Amin.

Nampaknya bulan Mei ni meriah dengan majlis perkahwinan mahupun bertunang-iyelah nak buat sebelum bulan puasa katanya. Sepupu sendiri pun ada nak buat hujung minggu nih-pastu boleh pulak diberitahu semalam. Nak beli tiket balik kampung, mahai wei dik. Nampaknya hanya doa mengiringimu dik-semoga majlis berjalan lancar dan jodoh berkekalan hingga ke jannah..Amin. Kalau diberitahu sebulan lepas, insya-Allah dapatlah kubalik. Dahlah sepupu yang akhir buat majlis kenduri kahwin dalam keluarganya, agak terkilan juga tak dapat datang merai.

Eh..panjang plak aku mencoret..karanglah sambung lagi..nak sambung tugas!! Hehe...

Bila mood nak mai...

Assalamualaikum semua...

Selamat hari Jururawat aka Misi aka Nurse sedunia hari ini..eh tetiba plak ek. Tetapi, oklah dapat ucapkan selamat pada kawanku Misi Azura.

Sebenarnya takde idea nak tulis apa..jap lagi nak mesyuarat..hehe..

Semalam ada hati nak membaking kek coklat, kok tetiba pergi Santubong jumpa adik yang baru sampai ke rumah mertuanya. Pastu sampai lewat ke rumah...hehe..tak jadik.

Mudah-mudahan petang ni datang mood rajin...sambil mencuci baju, sambil membaking kek...insya-Allahh...


Gambar selingan - Tebingan Sungai Sarawak


Rabu, 6 Mei 2015

Bertemu dalam tahun 2015

Assalamualaikum semua...

Bertemu lagi dalam bulan April 2015 setelah setahun lebih tidak bersiaran. Agak-agaknya kalau ada anugerah blog paling malas kemas kini..layan ku tercalon..hihi..Dalam himpunan waktu yang terlalu cepat berlalu ini, diam tak diam hampir masuk lima tahun aku berkelana di bumi Darul Hana ini (Sarawak). Ramai yang bertanya, tak nak balik ke Semenanjung ke? Apatah lagi mak abah dan adik-adik..ko tak nak balik ke Na? Hmm susah nak bilang sebenarnya, tapi nak cakap mudah..nak bilang tak pandai..hehe...ko ni macam tak nak balik je Su? Kawan dan jiran-jiran di KL plak menambah.

Kalau diikutkan, sesuatu penghijrahan satu perkara yang baik - memang baik pun, sebab itu macam tak nak balik ke Semenanjung (buat masa inilah). Ada juga berbincang dengan suami, kita ambik masa setahun dua lagi baru fikir nak baik ok. Ok bang! Siap bagi jawapan dengan abah dan adik-adik, tahun depan kami minta pindah. Konpiden punya jawapan kans..hehe. Apa pun bergantung pada encik suami, kalau dia kata jom pindah, i ikut jer...cewah.

Alhamdulillah, melangkau masuk bulan Mei nih, tiga projek yang kuurus dah selesai dengan jayanya dengan bantuan semua staf DBPSar. Selepas ini ada tiga lagi projek menyusul ditambah dengan projek pegawai lain yang perlu dibantu - hidup saling membantu. Dengan sebab kesibukan itu jugaklah dah berapa bulan dapur membakar tidak berasap (dapur masak untuk makan malam pun jarang berasap-berminyak je hado). Kadang kala hati membuak-buak nak membakar kek bagai, tetapi tahap malas menguasai minda dan fizikal..haha.alasan sangatt kans. Tetapi jiwa membakar tetap membakar di jiwa...hehe..

Nak cerita sikitlah, apa perubahan yang berlaku sejak kami bermastautin di Sarawak ni. Antaranya:
1. Aku minat membakar kek bagai - kumpul ke , cari ke buku resepi..memang aku tere..haha (tetapi masak lauk-pauk ikut musim atau ikut kerajinan atau ikut giliran dengan encik suami yang lebih tere memasak daripada aku)
2. Kami hampir atau tidak langsung berpeluang bercuti di luar Malaysia. Paling jauh di Penang - itu pun tahun lepas. Bukannya apa, kalau nak bercuti ke luar Malaysia, perlu naik dua penerbangan, kan dah melibatkan dua kos..huhu. Apa yang kami boleh buat, balik kampung (KL-Kuantan-Batu Pahat)
3. Anak-anak jiran kat KL, hamboi dah membesar dengan jayanya, dulu ukuran ketinggian bawah kita, sekarang dah melepasi bahu kita (hilang kenangan masa bersama-sama mereka)
4. Sudah tentulah pandai kelaka (bercakap) Sarawak ye dok - kamek, kitak, melobo-lobo, cerit, loba, supan, kuowa, towija dan banyak lagi
5. Kita sambung lagi hari ini (6 Mei 2015) setelah balik daripada bercuti (KL jer).  Apa lagi nak cakap ek. Tetiba takde idea.
6. Pembahagian tugas semasa di DBP, KL tak sama bila berpindah ke Sarawak. Daripada duk saja kat meja (sekali-sekala buat penyelidikan luar) kini bertukar 360 darjah - buat kerja-kerja pengembangan (badan pun boleh jadi kombang..hehe). Ambil hal ini sebagai satu cabaran, bertatih hingga jadi lebih baik untuk menguruskan projek - Forum Pelajar, Pertandingan Pantas Jawi, Sahibba, Deklamasi Puisi, Majlis Tinta kenyalang, Anugerah Citra Majalah Sekolah Menengah dll. Duduk dalam satu organisasi yang kecil (63 orang staf) perlu saling bekerjasama

Itu sahaja buat masa ni. Letih mak nak menulis aka menyoret. Harapnya lepas ni lebih rajin membaking, rajin memasak, rajin buat kerja dll.

Selasa, 11 Februari 2014

Tahun 2014

Assalamualaikum sahabatku semua.

Setelah sekian lama tidak mencoret kata-kata, akhirnya muncul kembali. Lepas ni ntah bila plak nak sambung lagi..hehe. walaupun tengah sibuk nak draf banyak surat rasmi ni, kucuri masa sikit nak mencoret. Selamat tahun baharu semua sahabatku (dah masuk bulan Februari, Suhana oii!_haha). Aktiviti harian, mingguan dan bulanan tak jauh berbeza. Cuma minggu ni rehatkan fizikal dari buat kek bagai untuk jualan sebab stok bekas kek dah habis. Tapi tak boleh diam, buat kek juga untuk beri pada kengkawan.

Pada awal tahun baru ni, ada juga bercuti ke Penang_dari Kuching terus ke Penang. Tiket agak murah, maka berdualah kami ke sana untuk menjelajah pulau mutiara. Cuaca agak sejuk. Motif utama ke sana ingatkan nak naik Bukit Bendera, namun tak kesampaian sebab ditutup untuk kerja-kerja penyelanggaraan-takde rezeki namanya. Kami banyak berjalan sekitar Batu Feringgi dan Teluk Kumbar (dah hafal dah jalan_haha). Apa yang bestnya juga, dapat merasa menaiki feri ke seberang (alhamdulillah dipermudahkan oleh Allah) dan semata-mata beli jeruk madu Pak Ali_haha. Pastu balik ke pulau semula ikut jambatan_agak licin sebab hujan. Alhamdulillah, dapat merasa pengalaman tersebut. Tak kira, lepas ni nak ke Penang semata-mata nak naik Bukit Bendera jer_haha.

Tak lama kemudian, dapatlah beli tiket agak murah untuk balik berdua ke kampung encik suami. Maklumlah tahun baharu Cina, rugi kalau tak balik sebab hari cuti sesuai untuk cuti lama. Dan leni dah naik kerja, fokus untuk laksana pelbagai projek dan projek. No cuti balik Malaya dalam bulan dua hingga lima_ boleh caya ke..hehe.

Pasni juga fokus adik nak bersalin plak kat kampung mertuanya_Santubong. Lepas bersalin, barulah keluarga di kampung datang ke sini bulan tiga nanti_meriah rumahku..yeayy. Semoga Allah permudahkan adikku bersalin nanti_Amin.

Sebelum mengundur diri seketika, meh tengok hasil kek yang kubuat dengan bantuan encik suami sebagai pelukis pelan_eh silap, penulis tulisan pada kek_jika tak sempat, terpaksa cetak je kat kertas. Layannss..















Bab comot, senget-benget tuh sila abaikan k. Masih belajar dan terus belajar. Macam tak percaya ku boleh buat semua tuh sebab dolu-dolu ku lah orang yang paling malas nak masak, baking bagai, apatah lagi nak masuk dapur. Tapi alhamdulillah, leni agak rajin..jom layans_haha. Ini semua poyooo!!

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...