Ahad, 5 Mac 2017

Hotel Citadens Uplands Kuching

Sempat mengambil gambar sekitar  Hotel Citadens Uplands Kuching masa bengkel pengurusan hari tuh (2-4 Disember 2016). Berbengkel di tingkat 11 jika tak silap, dapatlah merakam sekitar bandar Kuching. Jom layans.





 






Gambar bawah ni keadaan dalam bilik tempat kami menginap...menarik..
 Semua ada kalau nak masak bagai...



 Gambar bawah nih gambar bilik suit..besaq macam apartmen..


 

 Kat bawah ni kawasan tempat makan...gabungan ala tradisi dan antik...
 gerobok makan!


Selit gambar sikit dengan ija..hehe...masa bengkel...

Malas tapi rajin...acaner tuh!

Assalamualaikum buat semua.

Sekejap je masa berlalu. Dah lepas bulan Februari tak juga ada cerita. Dah masuk Mac nih! Nak menulis asyik tertangguh je. Macam tak best je bila tulis entri pendek-pendek. Apakan daya itu yang termampu kutulis (idea nak menulis di pejabat ada tapi gambar ada kat laptop di rumah..kans agak terbantut bila nak menulis, ye dak?..hehe..alasan!). TAPI!!

Ni tengah rajin (kat rumah ye..perlahan-lahan buka laptop dan menaip)...jom letak gambo banyak-banyak dan cerita sikit-sikit aka malas tapi rajin. Hehe.. Ni antara gambar dan cerita peristiwa masa bulan November tahun lepas. Jom layankan.


Ada kesempatan, ada peluang, kami raikan sahabat sebahagian untuk meraikan hari lahir mereka. Pada 7.11.16 kami sambut hari lahir kak Zarina Zainal Abidin. Biar kenangan yang tercipta akan dikenang selamanya. Walaupun kejutan ringkas, tapi cukup bermakna buat kami dan bede girl kans. Alhamdulillah.

Masa ni pula Majlis Bicara Karya pada 11.11.16 yang menjemput Datuk Zurinah Hassan, Sasterawan Negara dan tokoh yang lain. Bertugas dengan Ija membawa dan menjaga beliau sepanjang majlis/keberadaan beliau di bumi Sarawak. Alhamdulillah, beliau seorang yang baik dan tidak cerewet.

Yeayy. Masa ni jumpa dengan kak Azita, geng kembara ke Korea hari tuh. Kak Ita sempat melancong ke Sarawak dengan gengnya. Aku hanya sempat jumpa kak Ita di epot. Maklumlah kak Ita sibuk berjalan mengikut jadual yang dirancang, tak naklah mengacau jadualnya kans. Dapat jumpa jap pun, alhamdulillah.

Sempat meraikan dan menghantar ke epeot - sahabat suami, sahabat kami yang baik hati. Sampai masa berpindah jua Zahari (Zack) ke UiTM Pasir Gudang setelah berkelana di Sarawak hampir tujuh tahun. Banyak pengalaman beliau di sini dan baik hati disukai pelajar, pensyarah dan sahabat sekeliling. Orang yang baik, pengakhiran berkhidmat di tempat lama amat dirasai dan akan dikenang sepanjang hayat. Semoga terus cemerlang di tempat baharu dan mendapat jodoh yang baik...Aamin.


Hidangan kat atas nih masa makan-makan kat Restoran Rumah Hijau. Dah lama tak makan kat sini. Bila kengkawan dari pejabat KL datang, apa lagi, bawa mereka makan kat sini. Nampak spesel kans. Yang atas tuh laksa penang..dap. Yang tengah tu ayam penyet spesel..memang sedap sambalnya, Yang bawah sekali, puding sagu..ok lah..Teringat kenangan lalu, kak Azlin, Linda dan Amizi suka makan kat sini sama-sama. Semua dah pindah KL, tinggal aku sorang berkelana kat sini..ahaks..orang silih berganti berpindah. Itulah roda kehidupan.


Nampak tak? Nampak tak? Patung beruang. Saja je letak gambo beruang kat sini. Kalau mak-mak susah nak dapatkan beruang kat anak, meh datang kat Gergasi..banyak dijual dengan harga berpatutan. Yang besar tuh, kalau tak silap sebelum ni regenya RM49.90. Dah naik harga plak RM69.90. Sabo jelah ye. Agak-agak kalau ramai anak, meh pilih yang kecik dan comel..ye dak...hehe
Lepas cite kengkawan, meh selitkan gambo dan cerita sikit tentang makanan pulaks...
Ceteka apa bendenya kat atas nih? Kalau kat Sarawak, ni dipanggil tematok aka bunga nipah/apung. Alaa macam buat cara halwa manis tuh, macam tulah kejadian dan rasanya. Memang sedap dan unik!
Yang atas nih, buah mulberi jer. Dapat bentuk love, menarik kans..Subhanallah. Adalah beberapa pokok hidup kat celah laman rumah sewaku sekangkang kera nih..eh kera takde..kucing banyak..hehe. Alhamdulillah walau tak banyak pokok, sentiasa berbuah dan dapat kami rasa. Kalau nak makan, kena tunggu sampai hitam, petik, basuh dan makan..baru terasa manisnya mulberi...gituh! Sempat pantas batang mulberi bagi kat jiran sambung tanam plak. Perkara yang baik, elok dipanjang-panjangkan.
Kalau kat Sabah panggil buah tarap. Kat Sarawak panggil terap. Beza a dan e jer..hehe. Macam buah cempedak dan berduri lembut. Jika dah masak, mudah je kopak je kulit dan makan. Nak goreng celup tepung pun boleh, Rasanya manis dan lemak..sedap.
Yang nih pulaks..macam biasalah buah dabai. Dabey sebutan urang Sarawak. Macam buah belinjau. Tapi kita makan kulit dan isi buah dabey nih (isi dalam biji pun boleh makan tapi susah nak katok bijinya). Sedap dan berlemak..berkolesterol! Tak boleh makan banyak bagi yang berpenyakit tinggi darah. Cara sediakan, rendam penuh buah dengan air suam (ke arah panas) dan tutup. Biarkan dalam 10 minit, buang airnya dan boleh makan cicah dengan kicap atau garam. Nak makan dengan nasi atau makan gitu jer pun boleh. Kalau orang kampung, senang je nak sediakan, basuh bersih dan jemur kat tengah panas sekejap, pastu dah boleh makan. Boleh buat jeruk dan letak dalam nasi goreng..mabeles!
Laksa Sarawak de lejen..hehe. Lagi sedap letak daun ketumbar yang ditanam sendirik dan halus-halus. Kalau macam daun sup tu pun ok jer, janji rasa daun ketumbar...sedap dan heaven...
Hidangan penuh dalam satu pinggan..dapat menarik kan? Promosi harga RM6.90 sepinggan. Boleh letak banyak lauk pauk dalam satu pinggan. Kalau letak dalam dua pinggan dah harga lain..hehe. Sesekali bolehlah makan banyak macam nih. Peberet ambik sotong goreng..pasti..hehe. Pernah dihentikan seketika promosi RM6.90 sepinggan, perasan gak tak berapa ada orang datang. Makanya diteruskan promosi, ada peminat makan kembali makan...yelah toke tetap untung buat promosi nih ditambah dengan jualan air dan jajan lagi kans. Kalau pukul 1 tengah hari kadang lauk pauk cepat habis. Jom makan di kedai makan Ketumbar! 

Isnin, 6 Februari 2017

Februari datang

Assalamualaikum...

Hai semua..sahabatku..pekabo? Entri terpendek setakat ini..haha. Takde idea sangat sebeninya sebab baru balik dari kampung, cuti seminggu jer oii...hehe...Hari ni baru masuk kerja. Mood cuti masih bersisa..cewah. Jom sambung buat kerja. Nanti sambung lagi ye...hehe...Sila jangan kecam hakak...

Jumaat, 20 Januari 2017

Selamat datang 2017

Assalamualaikummmmm.....panjangnya kum...

Haha..yelah dah masuk 20 Januari 2017 baru nak tulis entri, apa kes? Biasalah LPNT, SKT dan segala T nak kena siapkan kans. Inipun sambil telan roti yang dah tamat tempoh cicah air nescafe peng! Gituh!...haha (jangan sakit perut nanti udahlah). Mata memang dah lebam asyik akhir je masuk tido..hehe. Pagi ni ada perhimpunan bulanan ye Suhana..siap!
 
Apa nak cite nih? Adoilah.  Lepas seminggu bercuti ke Penang, kami balik kampung suami pulak, abah tak sihat. Kakinya krem sebab sejuk katanya. Masa kami balik, dah ok sikit kakinya. Masa abah kena tuh, memang tak boleh jalan sungguh. Memang kesian. Anak sedaranya di Kemaman yang tolong ambik dan dibawa ke rumah mereka. Bila dah ok sikit (sikit jer), abah gagahi jua balik dan memandu sendiri ke rumah. Biasalah orang tua, mana selesa duk rumah orang waima rumah anaknya. Syukur abah selamat sampai di rumah. Sebab itulah encik suami ambil keputusan balik (pada awalnya sorang je, memandangkan tiket tak berapa mahal, makanya aku balik sekalilah - yelah kalau sewa kereta pun bayar jumlah hak tuh, bukan boleh kurang pun kalau seorang je yang sewa..hehe). Sempat temankan abah ke Kemaman untuk urusannya dan jumpa kawang lama masa kat UKM dulu. Tak rancang nak jumpanya pun. Akhirnya, paksa dia datang jumpaku di Aziz Sata, Kemaman. Sori Laily. Nasib baik rumah mu dok jauh. Layankan jelah kawang mu ini ye. Terima kasih Li, walaupun tak dapat borak panjang, aku hargai kehadiranmu..cewah!
 
Sempat juga melawat kawan sekolah rendah yang baru pindah dari Bentong ke Kuantan semula. Datang rumahnya, siap makan dan borak 3-4 jam. Terima kasih Zuhaira (Wa) dan keluarga yang sudi terima kehadiran kami. Ada rezeki, panjang umur, kita jumpa lagi. Insya-Allah. Dan sempat ke rumah kawan suami - Awi dan Kak Ija (banyak juga aktiviti jumpa kengkawan). Alhamdulillah, semoga dapat mengeratkan silaturahim keluarga dan sahabat lama. Itu yang seronok juga kalau dapat balik kampung...kanss.
 
Jom pi perhimpunan bulanan sat.
 
Lepas balik dari kampung. Teruskan kehidupan macam biasa. Pergi kerja balik kerja. Hujung minggu pergi Serikin (kalau ada keperluan/kalau boring pun akan pergi jugak walaupun hanya cuci mata telinga..hehe).
 
Hanya nak kongsi sikit satu cerita. Ada sahabat yang pernah sama-sama berkursus (lain jabatan/dia orang semenanjung gak). Memang perasan dah lama tak kemas kini fb. Baru ni ada berjumpa rakan sekerjanya dan bertanyakan beliau. Mula tak mengaku apa yang berlaku. Tak lama diberitahu bahawa sahabat tersebut dipenjarakan sembilan bulan atas sebab pecah amanah rasanya sebab melibatkan SPRM dan beliau telah difitnah katanya (tak pasti kes apa). Allah...sedihnya bila dengar sebab kami tahu dia baik orangnya. Baru je dapat anak nombor dua. Bila kejadian ni berlaku, anak isteri terpaksa balik kampung dan automatik beliau mesti dibuang kerja apabila telah disabitkan kesalahan dan dipenjara. Memang terasa sebak juga bila melibatkan nasibya. Begitu besar ujian buatnya. Semoga beliau tabah untuk meneruskan kehidupannya nanti.
 
Nanti sambung cerita lain k. Jom sambung kerja...

Rabu, 28 Disember 2016

Selamat tinggal tahun 2016

Tahun 2016 yang penuh dengan warna-warni kehidupan. Suka duka, luka pedih, manis indah dan sebagainya. Nak ambik juga entri bulan 12 nih, jadinya masukkan coretan akhir sebelum bertemu dengan tahun 2017...Insya-Allah. Allah Sebaik-baik Perancang. Setelah bertugas di bahagian pengembangan bahasa dan sastera hampir enam tahun di sini, ku dipindahkan ke Unit Penerbitan mulai 1 November 2016. Alhamdulillah, ku terima arahan dengan hati yang terbuka. Beri peluang kepada orang lain untuk merasai semua itu dan aku juga berpeluang meneroka dunia penerbitan.

Coretan sambung esok (atau lusa)...Nak titon dulu ye.

Apabila mengenangkan kehidupan akhir zaman nih..bagaimana amalan kita nih? Kehidupan di dunia hanya sementara, di akhirat juga kekal. Banyak tanda-tanda kiamat dah berlaku. Apa lagi yang kita kejar? Takutnya lah Ya Allah. Bantulah kami ke arah jalan kebenaran dan menjauhi larangan-Mu Ya Allah. Kami insan yang lemah dan selalu memerlukan petunjuk-Mu.

Sambung lagi...

Dah masuk tahun baru dah. Selamat datang 2017M. Alhamdulillah dapat siapkan kerja yang menyebabkan bahuku sakit dekat tiga minggu (majalah Jendela Sarawak-dah dalam proses cetak). Ujian dari Allah sebenarnya. Kenalah hadapinya. Alhamdulillah dapat juga bercuti ke Pulau Pinang Pulau Mutiara bersama encik suami pada Jumaat minggu lepas sampai Isnin (1 malam di BM). Misi nak ke Bukit Bendera dan makan kat Line Clear tercapai. Pernah pergi hari tuh, namun tak dapat naik Bukit Bendera sebab tutup untuk kerja-kerja permbersihan. Kekeciwaan terubat baru-baru nih...alhamdulillah. Selalunya orang bercuti 3 hari 2 malam. Kami bercuti 3 malam 2 hari sebabnya sampai Pulau Mutiara 1 pagi dan daftar masuk hotel 1 pagi lebih..hehe.

Kali ni memang pergi tempat yang dirancang dan berjalan sekitar Balik Pulau. Kemudian pusing pulau hingga ke Batu Feringgi (hanya lalu sahaja). Walaupun cuti singkat, namun misi kami terlaksana...Alhamdulillah. Dan hari ni baru naik kerja. Hilang sakit bahu...hehe...syukur. Tu je nak cerita. Gambo kemudian.

Apa azam tahun baru?  Baiki amalan, berbaik sangka, rajin bersedekah, rajin mengaji, khusyuk dalam solat, bekerja sebagai ibadah, berbakti pada suami dan keluarga, sayang pada semua, nak pergi Haji dan umrah, nak pindah balik KL (ops dah enam tahun u, anak kembar Diana pun dah masuk sekolah tadika..tetiba!). Insya-Allah, doakan kami dapat pindah tahun ni ye. Boleh dapat balik kampung selalu, dapat melancong lebih kerap...Aamin. Bila berada di perantauan nih, tak dapat jumpa kakak-kakak DBP yang pencen (lain situasinya walaupun dapat berhubung melalui FB). Kak Monie...jangan pencen dulu sebelum saya balik bertugas kat KL semula...huhu.

Semoga dalam amalan dan perbuatan kita sehari-hari, Allah SWT dapat mengampunkan dosa-dosa kita dan keluarga kita. Beri rahmat dan kemudahan pekerjaan dan kehidupan kita dengan berpandukan jalan kebenaran. Semoga Allah SWT juga membantu meringankan beban rakyat Syria, Ronghinya, Palestin dan masyarakat Islam yang tertindas. Allah SWT Sebaik-baik Perancang.  

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...