Jumaat, 7 Julai 2017

Cerita makanan lagi...

Selingan jap cerita tentang makanan lagik ye. Hehe...Suhana dengan makanan tak dapat dipisahkan ok. Kita tepek gambo dulu, cerita kemudian ye (ada hal jap). Ok sambung semula cerita. Masa bulan puasa, rajin juga keluar tengah ahri cari makanan yang berjual siap dimakan (ada masa uzur leh ngap terus)...hehe.  Aku suka makan siew mai udang dan wantan (takde dalam gambar). Pastu pernah juga makan spageti bolognese - sedap jugak.
Siew mai udang dan spageti bolognese...
Gambo bawah ni, ikan terubuk besa punya tulur (kawan bagi). Aku panggang je...hehe
Peberet aku, baby kailan dan cendawan...
Suka makan sotong macam nih, masak pedas. Ada baki cendawan jadinya buh sekali.
Pisang berangan pertama dituai di belakang rumah BM
Pisang berangan kedua dituai di belakang rumah BM
-sampai dah menguning di pokok, baru perasan daa!
Ada gak buah durian terselit. Kawan abah bagi katanya. Tak le makan banyak woo..on diet!
Masa bulan puasa gak rajinlah gi Pasaraya Cold Storage sebab macam-macam buah dan sayur segar hado. Apatah lagi encik suami yang berjaya makan salad dan buah je semasa berbuka (lebih 30 hari - gigih bertahan). Isteri macam mana pulak? Bertahan ikut dan. Kalau rasa nak makan nasi, ye makan, kalau nak rasa makan salad, layan je pastu makan dengan ayam panggang ke. Alhamdulillah dapatlah kami kurangkan berat - encik suami kurang 11 kg, aku kurang 8 kg. Semoga dapat bertahan dan dapat mengawal nafsu makan lepas bulan puasa. Lepas raya pertama je, seboleh-bolehnya kami sambung puasa enam. Terkini, dalam proses habiskan puasa sunat enam (puasa ganti dah habis bayar-alhamdulillah). Nampak segar-bugar kan semua buah dan sayur! Harga taklah mahal sangat dan banyak pilihan.




Gambo bawah: stesen kegemaran encik suami - salad mama mia!
Gambo bawah pulak, kegigihan encik suami buat rempeyek kacang dan bilis. Sila kagum. Berjaya buat adunan pulak tuh dan adunan mudah tanggal dari pencetak (apa nak panggil pun sampai lupa nama - aduhai). Comel-comel je kans kejadiannya. Kali kedua menyambung goreng, dibubuhnya hirisan daun limau purut..sedap gak..hehe




Gambo bawah: Inilah kilang dan kedai yang menjual kerepek bagai kegemaran aku (sebab harga berpatutan dan sedap kuihnya) - D'Kripeks di Parit Dalam, Batu Pahat. Masa puasa, jangan cakaplah memang sentiasa penuh dengan pembeli. Kalau datang awal pagi lagi bagus. Menjelang tengah hari dan petang memang padat lah jawabnya.


Menyantuni asnaf...

Tahun lepas tak sempat mengikut Kak Norhayati Ibrahim dan Kak Liza Bujang untuk menyantuni asnaf sekitar Asajaya. Alhamdulillah, pada puasa kali ini dapat menyertai mereka (mereka buat setiap tahun di Kedah, Melaka dan Sarawak). Bekalan gula je belum dapat disediakan kata mereka. Aku meminta jasa baik encik suami untuk sedekah gula, alhamdulillah dapat dibeli untuk diberi kepada asnaf selain wang tunai, beras dan pusuk (bilis).

18 Jun 2017. Aku mengajak Suraya dan Balkis (adik dari UNIMAS) untuk turut serta dalam program kali ini. Encik suami ada program lain, jadinya dia tak ikut seperti mana dua tahun sudah. Awal pagi kami keluar untuk ke Ulu Semera (rumah Kak Liza) dalam keadaan hujan. Pengagihan sumbangan akan dibuat di sekitar /di sebelah kampung Kak Liza. Alhamdulillah dalam keadaan redup dan sedikit hujan (selang seli dengan hujan lebat jugak), kami dapat menyantuni asnaf di sekitar Kampung Jemukan Ulu untuk kira-kira 30 buah rumah. Kampung yang lain telah disantuni oleh Kak Yati, Teta (anak Kak Yati) dan Kak Liza pada hari-hari sebelum kami pergi. Jom Srikandi wanita kita teruskan usaha membantu asnaf tak kira berpanas atau berhujan!
Berpayung dalam hujan namun semangat kami kuat untuk menyantuni asnaf.
Aksi petik betik...hehe. Cantik kan warna bunga teropong di bawah nih?






 Rumah hijau ni bersambung dengan rumah seperti yang dalam gambar sebelah. 
Perlu naik tangga kemudian melewati pelantar untuk ke rumah belakang.
 Rumah ni tinggal rangka sebelah depan sahaja. Sebelah belakang dah roboh.
Tetiba kereta Myvi Kak Liza bermasalah (bateri). Terhenti seketika proses mengagih dan memanggil pomen untuk melihat kereta tersebut. Ni salah satu ujian jugak namanya. Alhamdulillah, tidak ada masalah yang serius kat bateri kereta, hanya longgar pada wayar penyambungnya sahaja. Mujur juga dah nak selesai pengagihan. Sebelum waktu Zuhur, selesai proses mengagih dan hujan pun turut berhenti. Kami berehat sekejap dan solat di rumah Kak Liza sebelum menghantar Suraya dan Balkis balik ke UNIMAS semula.
Antara asnaf yang disantuni. Terpamer muka puas Balkis dan Suraya yang dapat sama-sama menyertai program kali ini. Terima kasih dik! Ada peluang, rezeki dan panjang umur, kita join lagi pada tahun hadapan, insya-Allah. Walaupun tak sebesar mana sumbangan kita, sekurang-kurangnya dapat meringankan beban mereka apatah lagi di bulan Ramadan yang mulia ini.

Ke Vietnam kita?

Ke Vietnam Kita pada 24 hingga 26 Mei 2017 (balik sehari sebelum puasa u oll!)

Nak pergi ke Vietnam secara tak dirancang pun. Jarak masa diajak untuk ke Ho Ci Minh dalam masa tiga minggu. Bukan apa, takut tak sempat nak mohon insurans keluar negara dengan pentadbiran DBP, KL. Tiket dah dibelikan, Hotel telah ditempah, ok jelah mengikut sahabatku, Dani (personel shopper - PS yang banyak kali dah ke Vietnam). Mujur Dani banyak pengalaman. Rasa selesa sikit nak ikut dia tanpa suamiku. Iyelah, selalu keluar negara dengan encik suami. Yang ni kena usaha sendirik. Dah dapat lampu hijau, jom kita pergi! Urusan kebenaran nak keluar negara serta insurans pun dah dapat walaupun di saat-saat akhir permohonan. Alhamdulillah. 

23 Mei 2017. Aku dari epot Kuching ke KLIA sebelah petang dan Dani naik bas dari kampung (Benut) ke KLIA - kami jumpa di situ. Tapi Dani ambik bas 11 malam, sampai ke KLIA jam 2 pagi maunya. Aku yang berpeluh tunggu sampai lebam..haha. Mujur dah ada pengalaman keluar negara dan Dani pertama kali melalui KLIA. Selalunya Dani naik AA melalui epot Senai. Alhamdulillah juga, tiket Malindo agak murah, seorang dalam RM400++ dua hala. Terkini, Malindo penerbangan mulai banyak untuk keluar negara. Alhamdulillah kaunter daftar masuk dah dibuka seawal 4 pagi. Kami daftar masuk diri dan beg, kemudian terus ke ruangan masuk antarabangsa, berehat di surau dan menunggu Subuh. Sejuk gile lantai surau-almaklumlah nak elak orang tido nyenyak atau memang tak dibenarkan tido dalam surau! Alhamdulillah, tak ramai orang sebab di ruangan antarabangsa kan. Hanya ada petugas epot yang lagi awal tido dari kami.

Gambo tepek kemudian-belum sempat pilih.

24 Mei 2017. Berdebo-debo juga bila dah menjejakkan kaki di Ho Ci Minh. Dani siap pesan awal-awal untuk tukar mata wang RM154 kepada Dong (700 ribu Dong) untuk bayaran teksi. Untuk urus niaga dekat-dekat Ban Tanh boleh menggunakan RM. Bajet cukup-cukup dalam RM2K dan jangan lebih aa..hehe. Lainlah Dani sebagai PS yang perlu banyak bawa RM untuk urus niaganya. Selepas bayar teksi (200 ribu Dong = RM45) di kaunter, kami di bawa ke hotel dekat bangunan Ban Tanh. Lorong jalan dekat hotel tu memang betul-betul depan Ban Tanh, memang syok nak beli-belah. Dekat je u oll. Sedia pitih je. Tempat makanan halal pun mudah nak carik, berhadapan dengan hotel.

Sambung cite ye...takde idea nak mengarang buat masa nih! Adoilah Mak Jemah nih...

Majlis Mohammad Farish Syafi'e - anak Fiza dan Shafiq

Assalamualaikum...

Selamat Hari Raya Aidilfitri yang mulia. Maaf zahir dan batin. Ampun dan maaf dipinta. Puasa telah kita tinggalkan sebulan lebih yang lalu, tinggal jamuan raya pula. Raya bulan Jun tapi entri bulan Julai (nampak tak kemalasannya di situ..hehe). Ni pun dimulakan dengan entri yang lain dulu sempena majlis potong jambul Mohammad Farish Syafi'e - anak Fiza dan Shafiq di Kampung Seberang, Sebuyau, Sarawak pada 20 Mei 2017. Kusempat bermalam dan meraikan majlis tersebut di rumah Fiza (encik suami tak ikut sebab ke KL).


 Selain baby, mak dan ayahnya juga dapat calit bedak di dahi. Adat orang sini.

Gambar bawah: Ce teka, sebelah kiri ni sapa yang berkaca mata hitam? 
Nampak segak muda bergaya. Itulah Atuk Fiza ye..hehe. 
Sebelah kanan berbaju biru, itu barulah abah Fiza.
 Gambar bawah sebelah kanan ni mak Fiza..
Berkebetulan pakai tudung warna sama. Kini Fiza dah pindah ke DBP KL. Aku, bila lagi?
Ulam dengan colek. Ada sengkuang, timun, nenas dan ubi keledek oren....
Begitulah adanya gambar yang sempat dirakam dan dipilih. Ada lagi gambar yang lain. Jom layan. Sekitar pasar di Sebuyau dan pemandangan di pesisir sungai.





 Ikan Jan Salai
Tapai nasi (bukan pulut)
 
 Pisang tanduk setampok RM2 jer u oll..maunya tak beli, kans?

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...