Selasa, 27 September 2011

daging hitam..

Salah satu lauk yang dihidangkan ialah daging hitam (masak kicap ala rendang). Hidangan ni ditempah khas dan dibuat oleh bapa angkatku. Hidangan daging hitam yang dibuatnya memang terbaik. Sebab itulah ku berani meminta bapak untuk membuatnya. Melalui perkiraan bajetnya, daging 15 kilo cukup untuk dihidangkan kepada 200 orang tetamu. Tetapi, tak cukup rupanya dek kesedapan hidangan tersebut. Lain masa, bajet akan dilebihkan demi kepuasan tetamu, insya-Allah. Terima kasih bapak dan mak yang bertungkus-lumus menyediakan hidangan ini.
dah siap masak-hendak dimasukkan dalam bekas sebelum dibawa ke pejabat..

buang minyak dulu di permukaan atas...

persiapan ramah-tamah Aidilfitri...

Assalamualaikum semua. Bertemu lagi di laman blog (alamak ayat skema plak). Maklumlah dah seminggu tak ke udara. Mengalahkan sibuk Menteri plak. Ni baru lapang, sebab sebelum ni sibuk bawak adik dan suaminya berjalan-jalan di sekitar Kuching. Sebelum mereka sampai, kami (DBPCS) sibuk membuat persiapan untuk majlis ramah-tamah Aidilfitri baru nih (23 Sepr. 2011).
         Ada cabutan bertuah disediakan selain hidangan lauk-pauk yang pelbagai. Alhamdulillah ramai staf yang hadir bersama keluarga masing-masing, terima kasih semua. Penat! jangan nak katalah, ke hulu ke hilir, memastikan lauk-pauk cukup ke idok. Bahagian pentas, AJK lain yang uruskan. Bila kena jaga bab-bab hidangan nih, memang lelah jadinya. Kami minta maaflah sekiranya hidangan yang disediakan tidak mencukupi, itu je rezeki yang ada.
     Gambar yang ada ni pun sekadar hamper-hamper sumbangan syarikat dan hotel untuk cabutan bertuah kelak. Gambar kemeriahan akan dimuat naik kemudian.
wah bestnya kalau dapat yang ini...

ni lagi best..tupperware...siap ada kurma lagi...

lum banyak lagi...

antara AJK yang banyak bertungkus lumus...terima kasih...

alhamdulillah rezeki untuk staf nanti...yang hadir ke ramah-tamah..

Isnin, 19 September 2011

awan gemawan lagi...

Takde apa nak cerita sangat tentang awan nih.
Cuma kagum dengan kebesaran Allah SWT.
Jom lihat gambar-gambar tersebut.














tanam....

Kali ni lari dari topik makanan plak. Setelah seminggu dua ditinggalkan, makanya bermula proses membersihkan rumput yang ada di belakang rumah. Encik suami yang rajin - sambil keluarkan peluh jantan katanya..hehe. Kalau nak tanam pokok apa sekalipun boleh sebab keluasan tanah belakang rumah memang berbaloi - luas.

jangan mare ye bang..sbb terpaksa di'interframe' kat sini..
pokok nenas ada, betik, halia, kunyit, ubi kayu dll...semuanya sedang membesar..hehe


sarapan laksam...

Ni cerita tentang makan lagi ek, jangan marah ek. Cuti Sabtu baru nih, encik suami ada keluar mencari sarapan. Dah kat tepi jalan depan umah takde, makanya melencong jauh sikit kat Desa Ilmu. Ada jumpa gerai depan umah, singgah ler. Alhamdulillah rezeki namanya, adalah dijual laksam, pelbagai kuih-muih, nasi lemak dan seumpama dengannya. Dapatlah kami bersarapan laksam dan nasi lemak (kongsi dua orang) - kenalah dengan tekak kami.
   Keesokan harinya cari sarapan di tempat yang sama, laksam takde dijual. Nasi lemak dan mee rebus dan lainnya ada dijual. Rasanya orang semenanjung (ada keluar pelat semenanjung-kata suamiku) sebab menjual hidangan sebijik serupa di semenanjung. Takpelah janji dapat jual makanan yang sedap dan berpatutan regenya.
sedapnya laksam nih...

abaikan rupa nasi lemak tu, yang penting sambalnya yang sedap dan pedas...

hidangan makan petang...

Dua tiga menjak ni encik suami begitu rajin (ke yang bercakap ni tengah malas...betul lah tu..hhmm). Encik suami telah membuat roti telur atas permintaanku. Pastu siap masak nasi goreng 'spesial' lagi. Spesial kenapa ek. Sebab nasi lebih malam, direndam air sekejap, tos dan digoreng. Makanya dengan penuh kepayahan dan kegigihan, encik suami berusaha menjadikan nasi goreng tersebut keras dan peroi. Hasilnya macam dalam gambar (dah habis kering nih sampai jadi macam nih)...hehe..terima kasih ye bang!
roti telur...daya kreatif suamiku..hehe..janji boleh masuk tekak...alhamdulillah...

ni nasi goreng kematu namanya..hehe..sila pastikan gigi anda begitu kebal..

Makan-makan di rumah En Isham...

Dah namanya open house, makanya makan le jawabnya. Kami telah diundang ke rumah En Isham (ketua kewangan di DBP Swk) pada hari cuti baru nih (16 September 2011). Kebetulan hari Jumaat, jadinya kami keluar awal dr rumah. Tepat jam 12 tengah hari kami balik bagi memberi laluan kepada kaum lelaki untuk bersolat Jumaat. Jom kita tengok apa yang disediakan olrh tuan rumah. Hari Sabtunya pun ada dijemput ke rumah En Zulkifli, namun tak sempat ambil gambarnya. Lauk pauknya memang sedap juga - alhamdulillah, terima kasih kepada tuan rumah.
nasi beriani, rendang daging, pecal dan kuah, ayam pencen masak merah, sambal bilis petai dsb...hhmm

ambik lauk ayam, sambal bilis petai dan rendang daging, sebelahnya tu pecal..nyum nyum

pisang pun nan ado...

hidangan lagi...

Maaflah asyik cerita tentang makan jer. Apa kan daya, semua dalam hp ku, gambar makanan jer. Kali ni hidangan berbuka pada hari Khamis lepas. Selain buat kerabu epal, ada juga pemeberian nek Pot - bubur pedas, sayur lodeh dan nasi himpit. Ku ada masak nasi (tekak ni tetiba nak makan nasi) jugak dan panaskan acar rebung yang ada dalam simpanan. Alhamdulillah, syukur dengan rezeki-Mu Ya Allah.

yang depan sekali tu sayur lodeh, kanan, acar rebung, atas bubur pedas, bawah nasi himpit...
kerabu epal dan nasi tiada dalam gambar...


kerabu epal 2...

Alhamdulilllah, dapatlah buat kerabu epal sekali lagi (terima kasih cik Ct Azlina yang sudi bagi resepi mudah dan akan ingat sampai bila-bila). Encik suami kata buat sebiji je dah cukup (biasanya apa yang dia cakap, selalunya betul). Makanya, buatlah sebijik jer-memang cukup makan berdua.
    Kiranya pada kali ni memang dah terer lah sebab mudah je kan nak buat..cewah..kebetulan semua bahan ada termasuk daun sup. Sagat buah epal, perah lemon secukupnya (ganti sos ikan), masukkan bawang besar  dan cili sikit, masukkan hirisan daun sup. Pastu goreng bilis dan kacang tanah (stok dah ada), dan tabur jelah-gaul semuanya hingga sebati. Dah siap!

mantap de..jika lebih lemon, akan tersedak bila makan...makanya seimbangkan perahan lemon tu yer...

pizza datang lagi...

Macam iklan Tora pulak ekk..Ni pizza daa. Hujung minggu baru nih sempatlah makan pizza. Al-maklumlah dah lama tak makan..cewah .. apa pun, jika ada menu/topping baru je baru makan pizza..kalau nak makan selalu, kopak juga poket nih. Jom tengok gambarnya plak...memang mabeles...


memang nampak sedap..nyum...sehingga menjilat jari...

sekali lagi...

Beraya lagi kali kedua di rumah yang sama...bukan apa, sebagai penunjuk jalan kat kawan-kawan pejabat - yang dijemput makan santai-santai je di rumah kak Nin. Sempat menyantap beberapa ulas durian (tiada dalam gambar). Hanya sempat ambil gambar bunga dan hidangan sarapan pagi. Terima kasih tuan rumah.

cantik kan dekorasinya...

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...