Selasa, 13 Disember 2011

pokok kiambang...

Tetiba nampak pulak hiasan pokok kiambang nih. Bukan apa, teringat dulu, masa nak bela ikan guppi nih, adalah letak sekali pokok kiambang nih dalam bekas hiasan - nak bagi serasi dengan ikan guppi (rimbun berteduh). Rimbun juga pokok kiambang nih dan cantik.


cantiknya..Subhanallah...

sambungan perjalanan...

Ni pulak sambungan cerita,  gambar pemandangan awan dan sekitarnya
di sepanjang perjalanan balik selepas hantar Azfar.











perjalanan ke poli...

Selepas subuh, kami berangkat ke Kampung Mang untuk mengambil mak bapak dan anaknya, Azfar. Kami nak menghantar Azfar mendaftar di Politeknik Kuching sebelah pagi (mulanya Azfar dapat di Pahang, minta tukar tempat, alhamdulillah dapat yang dekat sikit). Kami berdua ni memang tak pernah sampai ke kawasan Politeknik Kuching sebenarnya.
     Agak mencabar juga nak ke sana. Bukannya apa, macam lalu kat kawasan hutan je. Politeknik ni terletak di kaki bukit. Kalau pergi ke sana sebelah malam, confirm jiwa kacau sebab gelap semacam jer. Mula-mula memanglah melalui kawasan perumahan, pastu kawasan kampung, pastu kawasan air terjun dan kemudiannya jalan raya semata sehinggalah jumpa kawasan politeknik nih. Dari satu sudut, berbahagialah para pelajarnya kerana berada dalam keadaan aman, sunyi dan sesuai untuk belajar (jauh dari hiruk-pikuk kota). Jom kita layan kawasan sekitar politeknik nih.






di kaki gunung...


langkah permulaan di alam belajar di poli...

tak ramai lagi keluarga yang hantar anak mereka...

masjid...

pusat aktiviti-kantin-pejabat pengurusan dll....


ruang bilik pelajar....semoga tabah dan rajin belajar...

suasana pagi selepas gerhana bulan...

Dah puas tengok gambar ulat mulung dan ikan siakap, meh tengok pemandangan pulak, biar sejuk hati sikit. Pemandangan waktu pagi selepas subuh (selepas gerhana bulan sebelah malamnya) di Kampung Mang sempat kurakam. Jom lihat keindahan alam ciptaan Allah SWT... Subhanallah.









siakap....

Ku ada membeli seekor siakap daripada staf. Katanya, ikan dari jabatan Pertanian. Dengan rege RM9, saiznya agak besar juga. Cukuplah untuk santapan dua orang (tanpa makan nasi). Macam biasalah ikan siakap ni sedap dimasak dengan cara masam-manis. Ku dah siapkan bahan-bahan, ikan dah dibersihkan, maka encik suami mengambil acara untuk memasak. Alhamdulillah, kenyang makan ikan siakap masam manis tanpa nasi dan segala bagai lauk lain.



hirisan bunga kantan hanya hiasan semata-mata...

kalau geli jangan tengok...

Orang dah cakap jangan tengok, nak tengok juga. Kan dah geli. Bila tengok gambar dalam saiz besar, geli jugaklah. Tetapi kat sini, sesetengah masyarakatnya dah biasa makan ulat mulung ni. Ulat ni hidup dalam batang sagu. Kalau berani, jom cuba makan..hehe

gebusss...

mmmm...geli juga tengok benda nih...

kayu manis..

Manis ker..hehe. Saja nak bagi lihat pada kak Mohaini.
Antara himpunan kayu manis yang ada dijual di Serikin.
Banyak lagi sebenarnya, hanya gambar ni yang sempat dirakam.

lima tahun pun tak habis guna ni..hehe

oven...

Assalamualaikum semua dan selamat pagi... (macamlah ramai pembaca ekk..)

Mula-mula buka cerita pada blog pagi ni, meh saya kongsi barang yang telah dibeli tiga minggu sudah. Oven rupanya. Sebenarnya banyak projek nak buat bila duduk di perantauan nih. Tetapi, kekangan 'M' menjadi faktor utama. Kata encik suami, 'jangan jadi pameran je oven tu nanti yer!' Kena kuatkan semangat ni, maklumlah yang ada kat KL tuh macam dah jadi tukun pulak. Insya-Allah adalah projek tu nanti (ambil semangat dari blog kak Mohaini). Doakanku ye kak Mohaini...hehe


semoga tidak menjadi tukun kelak...hehe



Rabu, 7 Disember 2011

Roti jala aka kirai...

Aura rajin dah datang. Kuah kari dah buat sebelah malamnya. Apa lagi ditunggu, jom kita buat roti jala - resepi dah ada di tangan dan acuan kirai pun dah beli. Resepinya mudah jer, kalau tepung gandum dua cawan, makanya airnya pun dua cawan, buh sebiji telur, dua sudu setengah minyak masak, pewarna sikit (serbuk kunyit pun boleh, nak warna hijau ke biru ke, pun boleh), secubit garam - semuanya masuk dalam pengisar dan kisar hingga sebati dan tapis - siap untuk dikirai. Bolehlah berlagak sebab waktu cuti sakit, dapat buat roti kirai nih. Kalau waktu kerja  - kang lambat masuk kerja, jawabnya kena jawab surat saman dari pentadbiran gamaknya.
      Kalau kat Sarawak nih, roti jala diwarnakan dengan warna hijau dan siap digulung dengan isi kentang dan berkuahkan kari ayam semata. Macam tak percaya, inilah kali pertama ku buat roti jala. Alhamdulillah jadi. Lain kali nak buat berkuahkan serawa durian pulak (tunggu aura rajin berikutnya). Inilah hasilnya. Taraa....(poyo jer).
kisar semua bahan dan tapis (tak dan nak tunjuk bahan-bahannya)

lenserkan minyak di kuali, baru kirai dengan acuan (mula-mula tebal sikit sebab tak cukup kirai)...

letak di pinggan besar (sambil tu sila buat kiraian yang lain di kuali pan)

sementara tunggu kiraian yang lain masak, sila lipat ye tuan puan semasa sedang panas nih...

pastu gulungkan...

dah siap dah..maklumlah pertama kali buat, tak sama cantik gulungannya...

versi sudut yang lain...

siap untuk dimakan...sila abaikan gambar kuah (nampak berkilat sebab cahaya keluar dr kamera hp..hehe)


jemput-jemput kelapa...

Sebenarnya dah lama nak buat jemput-jemput dari kelapa parut nih. Kat sini susah nak cari kedai yang ada jual kelapa parut. Santan kotak adalah. Kalau ada pun jauh sikit. Alhamdulillah, baru-baru ni dapat membeli seplastik kelapa parut. Letak peti ais dulu, esoknya baru dapat buat. Alhamdulillah tercapai hajat nak makan jemput-jemput nih, jemput makan!


Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...