Rabu, 7 Disember 2011

Roti jala aka kirai...

Aura rajin dah datang. Kuah kari dah buat sebelah malamnya. Apa lagi ditunggu, jom kita buat roti jala - resepi dah ada di tangan dan acuan kirai pun dah beli. Resepinya mudah jer, kalau tepung gandum dua cawan, makanya airnya pun dua cawan, buh sebiji telur, dua sudu setengah minyak masak, pewarna sikit (serbuk kunyit pun boleh, nak warna hijau ke biru ke, pun boleh), secubit garam - semuanya masuk dalam pengisar dan kisar hingga sebati dan tapis - siap untuk dikirai. Bolehlah berlagak sebab waktu cuti sakit, dapat buat roti kirai nih. Kalau waktu kerja  - kang lambat masuk kerja, jawabnya kena jawab surat saman dari pentadbiran gamaknya.
      Kalau kat Sarawak nih, roti jala diwarnakan dengan warna hijau dan siap digulung dengan isi kentang dan berkuahkan kari ayam semata. Macam tak percaya, inilah kali pertama ku buat roti jala. Alhamdulillah jadi. Lain kali nak buat berkuahkan serawa durian pulak (tunggu aura rajin berikutnya). Inilah hasilnya. Taraa....(poyo jer).
kisar semua bahan dan tapis (tak dan nak tunjuk bahan-bahannya)

lenserkan minyak di kuali, baru kirai dengan acuan (mula-mula tebal sikit sebab tak cukup kirai)...

letak di pinggan besar (sambil tu sila buat kiraian yang lain di kuali pan)

sementara tunggu kiraian yang lain masak, sila lipat ye tuan puan semasa sedang panas nih...

pastu gulungkan...

dah siap dah..maklumlah pertama kali buat, tak sama cantik gulungannya...

versi sudut yang lain...

siap untuk dimakan...sila abaikan gambar kuah (nampak berkilat sebab cahaya keluar dr kamera hp..hehe)


Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...