Khamis, 15 Disember 2011

makan ni pun dah cukup...

Alhamdulillah, dapat makan nasi dan terung pipit hari nih. Terung pipit aka cokak (Jawa) memang makanan kegemaranku - keluarga kat kampung tahu yang kusuka terung nih - sanggup buat banyak dan jadi stok di peti ais - kalau nak makan nasi, cuma panaskan dan makan dengan lauk yang lain. Sempatlah juga turunkan resepi ala Jawa pada kawan (kak Mohaini). 
jadilah..makan dgn telur goreng, nasi buh kicap dan bawang putih goreng sendiri..sodap...

     Mudah jer resepinya. Kisar semua bahan - bawang merah, putih, ikan bilis, cili padi dan belacan kalau nak. Tumiskan bahan, masukkan terung pipit, gaul sekejap dan masukkan air banyak dan biarkan air kering (nak bagi lembut terung tuh). Pastu tambah air lagi jika suka berkuah dan jangan lupa masukkan garam dan gula sikit. Siap! Hidangan hari ni, bila encik suami ada kelas malam-makan sorang-sorang.

makan panas-panas..pergh sedapnya..makanan orang kampunglah katakan...hehe

4 ulasan:

Siti Azlina Abdul Aziz berkata...

ct pula kalau tinggal sorang2 selalunya ct akan masak ikan bilis masak asam..kena pula kuahnya yg masam berselera makan nasi panas2...

Siti Suhana berkata...

betul u Ct...kalau sya, janji ada pedas sikit..ok jer..paling mudah goreng telur ke bilis. Tetapi skrg suka makan bawang putih goreng-dapat membangkitkan selera...hehe

Siti Azlina Abdul Aziz berkata...

bagus tu boleh tolak angin sekali kan bawang putih tu hehehe

Siti Suhana berkata...

oklah jugak kan Ct..cuma bila digoreng ni, mcm biasalah, risiko berminyak...tp memang sedap...hehe

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...