Kalau kat Sarawak, buah ni dipanggil asam payak (paya) dan nama lainnya ialah asam kelubi. Selalunya kita nampak yang telah dibuat jeruk jer. Kali ni dapatlah lihat, pegang dan rasa - memang masam (memang sesuai buat jeruk). Dok cerita asam payak nih, tetiba telan air liur je sebab teringat kemasamannya.
Alhamdulillah, dapat juga cari buah ni walaupun bukan musim berbuah. Asam payak ni diminta oleh kawanku di KL - katanya buat penawar orang mengidam. Puas juga bertanyakan kawan-kawan dan meminta mereka mencari-beli asam payak, akhirnya hati berkata (Allah mudahkan jalan-alhamdulillah), ada di Kampung Melayu agaknya? Ku ambil keputusan untuk pergi ke deretan gerai di Kampung Melayu, atas sikit dari Kg Mang. Bapak juga yang jumpa - apa lagi, kubeli dua kilo.
Ada juga rasa sedikit, masya-Allah masamnya, memang sesuai untuk ibu mengandung yang mengidam gamaknya. Ku lihat encik suami selamba je makan, rupa-rupanya makan sikit-sikit. Dapat kat diriku, ngap terus, mana tak masam! haha... serik nak makan lagi.
tetiba ada buah cempedak pulok...hehe.. saje nak tayang sekali dengan bakul bolat yg dibeli di Serikin..sapa minat, boleh tempah/kirim kat diriku..harga baik..hehe |
p/s: alhamdulillah, empunya badan yang mengidam dah dapat makan buah nih selepas semalamnya kuhantar melalui pos laju.
2 ulasan:
saya sedang mencari asam kelubi ni, nak buat makanan sarawak Umai.
di puchong ni tak dapat nak cari. sedih btl... :-(
saya sedang mencari asam kelubi ni, nak buat makanan sarawak Umai.
di puchong ni tak dapat nak cari. sedih btl... :-(
Catat Ulasan