Jumaat, 2 Disember 2011

hidangan semalam...

Untuk entri akhir pada hari ini, kupersembahkan satu hidangan istimewa. Pernah dengar atau makan telur padi (telur century) tak? Kat sini banyak, maksudnya kat Kuching, ni semua bangsa biasa makan dan tidak terhad pada satu bangsa je makan. Seperti yang diceritakan oleh kawan, telur century ni ialah telur ayam yang diperam dalam sekam padi (atau dengan cara lain kot) dalam tempoh tertentu.
       Tak perlu rebus lama telur ni kerana isinya dah kenyal macam jeli tu. Bila nak makan, cuma perlu rendam dengan air panas seketika, pecahkan kulit, potong isinya dan boleh dihidangkan. Sesetengah orang takut nak makan sebab rupanya yang hitam, sebenarnya rasanya tidak masin atau pelik. Rasanya biasa sahaja dan semua orang boleh makan.
       Telur ni sesuai dimakan dengan bubur atau nasi panas. Kalau dimakan dengan bubur, makan begitu sahaja pun ok. Kalau makan dengan nasi putih, nak bagi sedap, tumiskan bawang besar dan cili padi yang dihiris-hiris kemudian tabur atas potongan telur, pastu perahkan limau nipis atau kasturi (nak buh kicap pun boleh-sedap). Memang sedap dan terasa -alhamdulillah. Jom cuba.

ni ghupenya...sebelah kanan, sebelum dikupas, kiri, selepas dikupas...

setelah dipotong-potong..


taburkan bawang besar, cili dan perah limau...

sedapnya...

Selingan, kuturut masak asam pedas ikan ??  siap letak bendi lagi. namun, faktor ikannya yang tak berapa sedap telah mempengaruhi rasa kuah. Oh Tidak!!! Tetapi habis jugaklah kami makan-alhamdulillah.

asam pedas serba boleh...haha

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...