Sabtu hingga Isnin minggu ni, bapak dan mak angkatku dapat berlibur ke Pontianak. Alhamdulillah dipermudahkan urusan mereka sebab mereka telah mempunyai pasport antarabangsa, dan mudah untuk ke luar negara. Perjalanan menaiki bas ke Pontianak mengambil masa 8 jam. Semoga urusan mereka di sana berjalan lancar dengan izin Allah SWT. Sempatlah ku bermalam di rumah mereka sementelah mengambil anak mereka di poli dan balik ke kampung sekali. Mak sempat masak pagi untuk membawa bekal. Yang bestnya, mak boleh masak biji cempedak dan masak ala sambal tumis. Kiranya, ni kali pertama makan dan rasanya memang sedap (kena dengan gaya memasaknya). Jom kita tengok apa yang sedap tuh...
biji cempedak masak sambal.... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan