Jumaat, 27 April 2012

Semangat berkobar-kobar

Hari Sabtu baru nih, ada dua projek telah dibuat sementelah encik suami ada kelas dari pagi hingga sore. Dengan semangat berkobar-kobar dan dengan tawakal pada Allah, maka kumulai projek dengan Bismillah, buat puding karamel dulu (sesungguhnya ku tak suka buat gula hangus – tetapi kugagahi jua tanpa encik suami di sisi..keh keh). Maka jadilah puding karamel dalam bekas dadih.
hasilnya, kecutlah pulak isinya..sedap dimakan tapi kecut..haha

cuba buat dalam bekas dadih (rasanya sesuai dalam bekas besar)
Insya-Allah lain masa akan buat dalam bekas besar. Maklumlah pertama kali buat, bila dikukus, jadi kecut sebab tak ditutup bekas dadihnya. Bila buat kali kedua, siap tutup bagai, jadi kecut pulak sebelah bawahnya..hmm. Rasa memang sesuai dibuat di bekas besar dan ditutup dengan foil. Lepas ni bolehlah buat puding karamel roti (cuma campur roti je dalamnya, nak letak biskut pun boleh).
ni hasil kali kedua..alhamdulilah sodap juga..lihatlah kuah karamelnya, menjadi jugak ..hehe

Mihun ala singapore

Yang ni pulak hasil tangan encik suami yang amat rajin dikala si isteri diserang kemalasan melampau untuk memasak. Tengkiu bang. Encik suami ada bertanya, ada bekalan cili boh atau cili kering kisar, kujawab , takde. Hmm takpelah, abang buat mihun tanpa cili boh atau cili kering kisar. Hmm ok bang.  Bekalan cili boh ke cili kering kisar takde, maka dengan bahan yang ado dan berketang ketung kat dapur encik suami mengolah bahan hingga menjadi mihun goreng ala cara singapore untuk makan malam, jadilah mihun goreng spesel – pedas gak sebab buh cili padi. Alhamdulillah rezeki untuk malam tuh. Sedap dan podas! Terima kasih bang!. Jom layansss.

As salam

Selamat pagi untuk minggu ini (minggu senyum selepas dapat gaji)...hehe. Tak sabar rasanya nak bercuti minggu depan. Maklumlah nak 1 Mei kan-cuti Hari Pekerja. Takde cerita yang menarik sangat minggu lepas. Sempat memasak spageti udang (sebab ayam dan daging takde-belasah jer). Bawang merah pun kebetulan habis. Hmm..harap-harap sedap ler masak kali nih.
bahan-bahan ringkas dan mudah disediakan, guna separuh pes kimball, udang, bawang putih dicincang dan daun bay
Masak udang seketika, pastu tumis bawang putih, masukkan ½ botol pes tomato jenama Kimball (i suka), masukkan tomato cincang, udang dang gaul sebati. Agak-agak dah masak, masukkan daun bay, kacau-kacau dah pun siap untuk dihidang. Jemput makan yer.
dah pun siap..letak bebola bakso yang dipotong empat, boleh jugak tambah cili api...

dah siap...letas atas spageti dan buh keropok ikan (hmm betul-betul lidah Melayu..haha)...

Jumaat, 20 April 2012

mmmm sedapnya..

Tajuk entri macam best. Memang best kalau dapat makan aiskrim tetapi perlu lihat masa dan keadaan ye tuan puan. Kami tercapai juga sebekas aiskrim Fruit Salad malam tadi setelah bertapis-tapis memilih barang yang perlu sahaja di gergasi. Balik rumah pun kami bedal sikit je sebab waktu dah malam (tak sesuai ok makan benda yang berkalori tinggi). Bakinya kita sambung esok esoklah ye. Jom layannsss.

nampak macam sedap jer..

nyum nyum...makan sikit jer...cewah

esok sambung lagi makan...rasanya? oklah...

keluarga baharu...

Macam suspen jer tajuk kat atas tuh. Hehe. Saje nak bagitahu kami (saya yang dah lama teringin sebenarnya) dah dapat 'keluarga' baharu dan cantik je kejadiannya. Rak almari je sebenarnya. tunggu encik suami ada lebih bajet sikit, maka kukecek nak dapatkan. Alhamdulillah malam tadi tertunai sudah - pilih warna ungu lagi. Terima kasih, bang.

taraa...

duk sebelah peti ais...harap dapat 'berkawan baik'...hehe

Elok je terletak kat sebelah peti ais. Kiranya peti ais dapat kawan baharu dan tak keseorangan lagi (rak lebih tinggi dari peti ais, camno). Maka kukemaskan segala barang yang ado di atas, bawah, tepi, kanan kiri meja dan susun kemas dalam rak almari baharu. Dan tak lupa letak aksesori dan bahan kukus projek apamku... hehe..selamat. Pesan encik suami, jangan letak sebarang benda atas rak tu, kang berat pulak. Baik bang!...hehe

lihat meja dapurku, kemas kannss... (kemaslah sangat!)..projek buat apam nampak lebih luas lagi ruangnya...hehe

Khamis, 19 April 2012

Ikan kerapu spesel

Ikan kerapu spesel sebab diletakkan dalam bekas hidangan spesel.Walaupun ikan kecil, tetap tak mahu kalah, letak dalam bekas yang besar. Apa pun, layan. Hehe....

landing elok je dalam bekas bosa...hehe..

Entri last untuk hari ini. Tetiba nak makan tengah hari pulak dah. 

Hidangan makan malam

Hidangan makan malam yang ringkas yang disediakan oleh encik suami kerana isterinya lambat pulang disebabkan penangan senamrobik. Terima kasih bang.
sup bebola daging, telur dadar, tahu goreng cicah sambal kicap dan satu lagi (tak nampak jelas apa..hmm)..

Kawasan sekeliling rumah di kampung mak abah

Sebelum berangkat pulang dan nak ke epot, sempat kurakam gambar sekeliling rumah mak abah yang kebetulan nak hujan. Nanti ada rezeki, panjang umur, kami balik lagi ye mak, abah, adik-adik, nenek, jejiran semua - insya-Allah.
projek abah..tanam pokok ubi di tanah nenek yang dah lama terbiar...

pokok anggur yang rajin mengeluarkan buah walaupun tak banyak...

laman yang bersih..usai hujan...

pokok rambutan dan pohon cempaka depan laman nenek..

projek mak dan adik (yg tanam abah)..hehe..pokok hiasan-puding...

Tempe

Selalunya kalau pergi pasar ke, kedai runcit ker, pasar raya ker, kita jumpa tempe yang berbungkus dalam palstik. Nak cari yang berbungkus dalam daun getah ke apa memang payah. Kat kampungku juga dah menggunakan kertas coklat dan di luarnya berbungkus kertas surat kabo. Jom tengok.

jalur-jalur tu ku yang buat...

Buah naga aka pataya

Rezeki ku balik kampung baru nih, buah naga aka pataya jiran sebelah rumahku sedang masak ranum. Saja minta sebiji untuk merasa (selalunya dok pandang je pokoknya yang belum berbuah). Alhamdulillah diberinya dua biji buah tersebut. Sebagai balasan, kuberi mereka kek lapis dan ikan terubuk masin. Terima kasih jiran!
merah menyala..isi pun merah..alhamdulillah...

Karipap inti mihun

Karipap ni pun hanya ada kat kampungku je kot (setakat yang ku jumpalah). Istimewanya sebab berintikan mihun goreng. Hmm memang sedap, apatah lagi bila dimakan dengan sambal kicap, hmmm sedapnya. Jom layanss.



Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...