Jumaat, 27 April 2012

As salam

Selamat pagi untuk minggu ini (minggu senyum selepas dapat gaji)...hehe. Tak sabar rasanya nak bercuti minggu depan. Maklumlah nak 1 Mei kan-cuti Hari Pekerja. Takde cerita yang menarik sangat minggu lepas. Sempat memasak spageti udang (sebab ayam dan daging takde-belasah jer). Bawang merah pun kebetulan habis. Hmm..harap-harap sedap ler masak kali nih.
bahan-bahan ringkas dan mudah disediakan, guna separuh pes kimball, udang, bawang putih dicincang dan daun bay
Masak udang seketika, pastu tumis bawang putih, masukkan ½ botol pes tomato jenama Kimball (i suka), masukkan tomato cincang, udang dang gaul sebati. Agak-agak dah masak, masukkan daun bay, kacau-kacau dah pun siap untuk dihidang. Jemput makan yer.
dah pun siap..letak bebola bakso yang dipotong empat, boleh jugak tambah cili api...

dah siap...letas atas spageti dan buh keropok ikan (hmm betul-betul lidah Melayu..haha)...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...