Biarlah orang nak kata, jemu ke apa. Selagi daya akan ku mantapkan kemahiran nak buat apam mekar /ros nih sebab minat dan mudah nak buat. Seronok bila buat apam nih bila mana rasa seronok nak buat meluap-luap. Terasa boring jer, mulalah ke dapur (kena pastikan bahan-bahan cukup) dan terus buat apam. Tetapi, kena pastikan juga bagaimana hasilnya nanti dan siapa pemakannya. Paling kurang, bawa ke pejabat, beri kepada kawan-kawan...hehe.
Ada juga yang minta buat apam coklat ke apa. Akan kuusahakan, insya-Allah. Setakat ni pernah juga buat apam pokaldot yang memerlukan ketelitian dan masa lebih sedikit sebab saiznya yang comel.
penuh adunan ok jugak...dengan adunan warna-warni... |
nah ahsilnya..kembang mekar gitu... |
letak dalam bekas.... |
Sebenarnya, bila buat apam ni kadang-kadang jadi, kadang-kadang kurang jadi-struktur tak lembut, tak mekar dan sebagainya. Jadinya, perlu pandai-pandai olah adunan. Kadang faktor jenis tepung, pemakaian gula halus ke icing ke, penggunaan tepung, putaran adunan sama ada lebih atau kurang dsb dapat mempengaruhi hasil apam. Pandai-pandailah kita mengolahnya ye walaupun kadang kita ikut resepi dari sahabat di blog dsb. Seronok gak bila dapat menguasai kemahiran untuk buat sesuatu hidangan kuih dll. lain yang belajar di Akademi Pastri Matang (buat kek, biskut, pau dll), lain pulak yang dibuatnya (apam). Sampai ada kawan bertanya, ada belajar buat apam ni di akademi tu ker? ...hehe..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan