Selasa, 3 April 2012

Bubur lambuk vs serawa durian

Untuk sekian kalinya, pengarah kami yang baik hati, berbesar hati menyediakan dan menjamu kami makan bubur lambuk, serawa durian dan roti. Alhamdulillah. Semua staf DBPCS dapat merasanya. Semoga Tuan Haji, isteri dan keluarga akan dimurahkan rezeki dan sihat selalu.

bubur lambuk versi KL..hehe

serawa durian..sedap...

kombinasi yg ideal...hehe
Tahniah atas kenaikan pangkat beliau dan selamat bertugas semula di ibu pejabat mulai 2 April 2012. Walaupun singkat beliau berada di sini, beliau amat disayangi dan dihormati atas sikapnya yang baik hati, penyayang dan prihatin dengan kebajikan stafnya. Kehilangan beliau amat dirasai – orang yang baik hati, kehilangannya amat dirasai dan jasanya tetap dikenang hingga akhir hayat.

2 ulasan:

Ummu Madihah berkata...

Sekarang jadi bos kita kat sini pulak!

Suhana dbp swk berkata...

hmmm betul2 tu puan...staf kat sini terasa kehilangannya...tn hj pun menangis semasa diraikan dan semasa dihantar ke epot..hmmm

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...