Jumaat, 27 April 2012

Projek kukus seterusnya


Maka dalam sejarah hari ni, ku menguli tepung untuk buat pau kukus. Inti encik suami dah tolong buat, maka kujalankan misi menguli tepung (walhal belajar sebelum ni, chef guna mesin, almaklumlah duit takdok nak beli mesin gedabak dan mahai tuh). Kiranya ni buat pertama kalinya, menguli tepung seolah tangan nak bengkak dan merah..haha.
setelah diuli, dibahagi-bahagi agar mudah di gelek..

leperkan betuk macam nih...

inti dah siap awal..

letakkan inti dan bentukkan bulat kemas-kemas
Apa pun enjoy buat. Chef buat 1 kg tepung, tp kubuat 500 gm jer. Buat banyak-banyak sapa nak makan pulak nanti. Alhamdulillah berjaya buat – kembang juga apam tuh, bila dah kukus ada yang mengecut-rasanya terlebih yis. Takpe kupujuk hati, lain masa akan buat lagi yang terbaik. Dari segi rasa, ok jugalah, bolehlah ditelan. Hmm..jom layanss gambo.
setelah dibentuk...

mengembang cantik dan gebus...

bila dikukus, hmm kureng sikit..takpe, janji boleh makan..

4 ulasan:

MONIE berkata...

terlebih kukus

Suhana dbp swk berkata...

oo ye kek kak..kukus jap je ekk..okies..tengkiu..

Aida Salleh berkata...

sedapnya pau. akak sukaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa....

Suhana dbp swk berkata...

hehe..jom buat kak...hehe..

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...