Khamis, 19 April 2012

Projek apam coklat – guna resepi cara lain

Pernah buat apam coklat ni guna resepi yang diberi kak Sahilla - alhamdulillah menjadi. Selalunya kak Sahilla buat dalam acuan yang besar, ku lebih suka buat dalam acuan kecil atau bekas dadih tu. Alhamdulillah menjadi dan ok juga rasanya.
Apa pun, kurasa seronok nak mencuba sesuatu sekarang nih. Kalau tak jadi yang ini, kita cuba buat lain dengan sukatan berbeza atau jangan putus asa. Lepas tu cuba buat yang lain pulak. Sekarang ni tak dapat buat cara bakar sebab nak tunggu tempat letak yang sesuai untuk ovenku itu. Kalau dah terletak elok jer, kan best nak buat apa-apa (roti dll).
cuba masukkan dalam acuan berbeza...isi jangan penuh ye..nanti kembang habis..

dalam bekas dadih..menyerlah je bintang je (sebelum dikukus)...

hasil selepas dikukus..tabur aksesori sikit...

hasil dalam bekas dadih, bintang tenggelam, terpaksa buh aksesori lain...hehe
 
hasil dalam tiga bekas yang berbeza, lebih sesuai dalam bekas dadih nampaknya...


Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...