Jumaat, 27 April 2012

Kerja luar

Alhamdulillah, semalam baru sahaja selesai menjadi Hakim Forum Remaja 2012 bertempat di SMK Sadong dengan Simunjan (dalam Bahagian Kota Samarahan). Sebanyak 10 buah sekolah di Samarahan yang bertanding. Tahniah kepada SMK Asajaya yang berjaya sebagai wakil bahagian untuk bertanding di peringkat Sarawak pada 9 dan 10 Mei 2012. Seronok juga pergi ke sana walaupun melalui jalan berliku – berlubang dan ada yang masih belum berturap sepenuhnya.
Satu harilah jugak kami bersiaran di sana. Pergi ikut jalan Serian, balik ikut jalan Simunjan. Bertolak 6.30 pagi dan sampai ke rumah semula 7.30 malam ..masak, satu hari perjalanan. Buat pertama kalinya juga, ku berpeluang menaiki feri untuk menyeberang dengan kereta sekali (ala feri di Penang tuh) dari pelabuhan Simunjan ke Asajaya. Setengah jam juga kami tunggu sebelum feri tu berlepas, walhal dekat jer, sebab nak memenuhkan ruang letak kereta, kami terpaksa menunggu juga.
Tak pasti berapa jumlah tambang yang dikenakan sebab menggunakan kenderaan rasmi kerajaan dan tak perlu bayar. Pastu dah sampai, kami meneruskan perjalanan dan naik feri yang kecil sedikit dari yang tadi (hari dah golap) dari pelabuhan Asajaya ke Muara Tuang. Kira oklah sebab berpeluang melalui semua dengan selamat – alhamdulillah. Jom layanss gambar.

jualan di tepi pelabuhan...

best jugak lihat pemandangan di sini

 

Subhanallah..menikmati ciptaan Allah SWT...

sedang menunggu giliran...
jalann...

air agak deras di sebelah tebing...

kawasan tepi feri..

air sungai nampak tenang...

hampir nak senja...

pajero kami..

lori bosa pun ado...

sedang menongkah arus...

sabar...

hampir sampai ke seberang..

sikit lagi..sikit lagi..

alhamdulillah dah sampai..

dah sampai..boleh dah meneruskan perjalanan...

dah senja...

7.30 malam sampai di rumah- alhamdulillah...


Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...