Bahan-bahan dah ada, limau sunkist pun dah beli. Apa lagi, projek nak buat jeli orenlah. Maka bermulalah langkah demi langkah untuk projek pertama nih. Teruja bila melihat blog Fatin. Lupa nak tanya Fatin, sama ada perlu memerah jus secara manual atau kisar semua isi oren. Rupa-rupanya perlu diperah untuk mengelakkan rasa pahit bila dah buat jeli nih.
Oleh sebab telah mengisar buah semua kononnya sebagai jalan mudah dan ringkas, maka hasilnya pahit sedikit dan kurang serbuk agar-agarnya. Tapi takper, nak sedapkan hati –yang penting dah cuba dan akan berusaha memperbaiki hasilnya nanti. Jom kita tengok macam mana nak buat jeli nih.
oren dibelah dua... |
korek isinya bebaik dengan sudu...sebelum tu hiris sikit di hujung oren yang hendak dikorek.. |
isinya dikisar secara manual... |
hanya tinggal kulitnya..letak atas mangkuk agar seimbang bila dituang dengan adunan... |
jus ni dikisar (sepatutnya diperah), campurkan 2-3 sudu sunquick... |
tuang dalam kulit oren dan biarkan sejuk... |
kalau tak cukup bekas, sila letak dalam bekas comel yang lain k...siap untuk dimasukkan dalam peti sejuk dan makan masa cuaca panas-panas - hmm nyaman rasa di tekak... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan