Sekali-skala dapat balik kampung, apa lagi goreng nasi goreng kampung ala Jawa. Tumbuk cili padi, bawang merah, bawang putih dan belacan. Kemudian masukkan minyak masak (kalau guna minyak jelatah pun sodap), goreng ikan bilis hingga garing dan ketepikan, pastu tumiskan bahan-bahan tumbuk tu sampai kering, masukkan nasi dan gaul sebati. Potong kacang panjang halus-halus, campurkan sekali. Makan panas-panas memang sedap, lagi-lagi kalau pedas, menambah dua tiga kali.
belum buh bilis goreng lagi... |
dah buh dah... |
kalau nak lagi best, jom tambah hirisan tempe goreng...nyum nyum... |
Semasa balik juga, pisang lemak manis (ke montel?) ni tengah ranum masak. Apa lagi makan le sebagai pencuci mulut. Terima kasih Allah atas kurnian-Mu dan terima kasih abah sebab menanamnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan