Jumaat, 27 April 2012

Projek seterusnya

Buat yang nih kena kuatkan semangat. Orang lain suka buat secara bakar, kita buat secara kukus. Alhamdulillah berjaya kali nih, semangat nak buat lagi ada...tungguuu!! Jom kita tengok, apa yang kubuat tuh – kek gulung kukus jer. Seronok juga buat benda ni bila menjadi. Walaupun pengukus tak muat untuk memuatkan acuan, tapi kugagahi jua tutup dengan kain tuala agar dapat dikukus dengan lebih kemas. Jom kita tengok proses nak kukus kek nih.
dah siap adunan, bahagi tiga bekas, satu warna asal, satu warna kuning dan satu letak pes/emulco coklat..sediakan 'injectin' juga untuk mudah bentuk polkadot bagai..
 
sediakan acuan dan buh kertas minyak

masukkan adunan asal sampai habis-penuh ruang
dah siap buh polkadot (lain kali buh pewarna biasa jer sbb bila guna pes coklat, jadi pekatlah pulak)


pengukus hantu! haha..tak muat letak acuan, letakkan acuan ngam di atas dan tutup dengan penutup sambil diselimuti tuala agar masak sekata.

dah siap kukus dalam 15-20 minit, inilah hasilnya yang tak seberapa, janji boleh gulung..biarkan dalam masa 10 minit

ambik kertas minyak yang lain, tekapkan sebelah atas yang berwarna dan terbalikkan untuk buh filling..

sapu dengan apa2 jem..yang ni jem blueberry...

pastu gulung perlahan dengan menolak kertas bahagian atas-perlahan-lahan ye takut pecah...

nilah hasilnya..alhamdulillah...

sedap dimakan, rupa boleh diperbaiki...

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...