Khamis, 19 April 2012

Pengukus merah comel

Untuk projek apam nih bermula apabila membawa pengukus yang terperap lama di stor (dikeluarkan pada masa tertentu jer). Teruja untuk buat apam, apa lagi bawaklah pengukus tersebut ke bumi Darul Hana (Sarawak). Maka bermulalah projek apam juta-juta. Hehe.. takdelah. Sekadar suka-suka dan berhajat memahirkan sesuatu kemahiran. Sebab itulah, kena buat selalu. Dah buat, takkan nak perabih dua orang je, maka berbahagi dengan kawan-kawan (rezeki depa). Manalah tahu, mereka nak order lepas ni kanss! (perasan plak). Baru nih ada cuba hantar apam coklat rice ke pejabat encik suami (hantar 21 biji, terjual 15 biji, alhamdulillah) – satu permulaan yang baik. Encik suami pesan, lepas nih, buat apam pokaldot je sebab warna-warni dan ada kelainan sikit.
dulu 'sorang' kini dah 'berteman'..
Pastu, kucarikan sebuah lagi pengukus comel warna merah jenama tuttt..hehe. Comel je bentuknya. Bilangan isi yang akan dimasukkan nanti pun terhad je. Takpelah bagi ada kawan. Ada juga beli yang hak besar sikit masa kat Serikin hari tu. Tapi, susah pulak nak tutup dengan kain untuk bahagian penutupnya. Jadinya ‘diperap’ seketika sebelum guna untuk buat kek kukus dan sebagainya.
tak pasti, betul ke tidak konsep letak pengukus ni atas kuali..hmmm

Tiada ulasan:

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...