Khamis, 21 Julai 2011

mengidam?

Dek kesedapan nasi kabsah, makaku dan encik suami mencari kedai ala Arab di sekitar BBBangi - namun gagal ditemui waima bertanyakan kawan melalui sms. Akhirnya makan di restoran Baghdad BBPutra. Syukur sebab nasi kabsah dan makanan ala Arab yang lain pun ado. Maka dengan semangat berkobar-kobar, ku pesan nasi kabsah ayam dan encik suami nasi kabsah daging kamben.
     Air pula teh ala Arab dan teh lemon. Sayangnya pesanan yang dihantar mengecewakan kerana nasinya macam nasi tomato dan tidak peroi (nak sedapkan hatiku, encik suami kata "lain kedai lain caranya-banyak jenis nasi kabsah ni", oo ye ker dalam hati berkata). Apapun ku tetap kecewa (khabarnya restoran diusahakan oleh orang Melayu-makanya rasanya macam nasi tomato). Dah namanya orang Malaysia kan..mesti pakar dalam bab memilih makanan terbaik. Alahai...
rasa nasinya kureng, ayamnya ok jugak...

nak buh daging kamben pun segan-segan..siap ada lelemak pelbagai...

rege air RM3 segelas..mm oklah sikit...

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...