Jumaat, 15 Julai 2011

terung pipit, cokak atau pokak?

Hari ni nak cerita tentang terung pipit, pokak, cokak, terung Belanda, pipit, ciwi dan sebagainya. Apa-apa pun namanya, I memang minat benda nih. Sejak kecik lagi telah didedahkan dengan kesedapan dan keunikannya. Boleh dianggap sebagai sejenis sayuran kecil yang pokoknya mudah tumbuh dan berbuah. Macam mana rupa fizikalnya?
ni dia...comel kan..geram je tengok...
sebelum dimasak, kena pisahkan tangkai dan buahnya dahulu...
      Ooo macam ni rupanya.. kalau tak pandai masak benda nih, mahu keras jadinya. Biasanya mak-mak orang letak dalam sambal tumis, buat ulam atau masak ala Jawa (tumbuk bawang putih, bawang kecil, cili api, bilis dan sedikit belacan -garam jangan lupa ok- tumbuk sekali). Kalau aku lebih suka masak cara ala Jawa (dah namanya keturunan orang Jawa kan). Meh kutunjukkan langkah-langkah nak masak sayur nih (ala Suhana). Kak Mohaini dah pernah cuba resepi ni - nampaknya mudah buatnya (iyelah sebelum ni malas nak buat benda ni katanya pahit, bila ku dah tunjuk cara, nampak ok cuma sedikit berangin katanya, alhamdulillah)...
tumis dulu bahan tumbuknya...

Agak-agak dah mesra, masukkan buah terung nih..gaul sebati...

tambah air banyak sikit...

biarkan mendidih..aga-agak belum cukup masak, sila tambah air sikit lagi...

dah masak dah..ambil masa dalam 10-15 minit nak masak benda nih..biarkan ada berkuah sikit yer..
(orang Jawa suka masakan kering jer)
      Mudah je buatnya, petik jari jer... tapi silap haribulan boleh jadi pahit (bila buah yang diambil dah tua belaka). Ntah ler tak tahu kenapa I suka sangatlah benda nih - sesekali jumpa, wajib masak. Kalau dapat nasi panas dan ikan kering, pastu makan dengan benda nih...subhanallah...nang nyaman bah!
kali ni makan dengan terubuk bakar dan cicahnya, serta ulam tenggek burung...
Selamat mencuba yer tuan dan puan!...

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...