Alahai malasnya nak karang ayat. Kalau macam kak Mohaini kan senang, banyak gambo, ayat kurang..hehe..Baru-baru ni operasi besar-besaran mencabut lalang belakang rumah sewaku. Maka, perkebunan belakang sudah lapanglah. Terus bakarlah itu lalang (sampai terlupa bahawa telah membuat pembakaran terbuka- tawakkal jelah).
|
separa siap, sampai orang tak percaya bahawa kucabut lalang2 itu... |
Tahap kepenatan satu hari selepasnya tak terasa lagi. masuk hari kedua, ambik hang - sakit pinggul, pinggang dan seumpama dengannya.. layanss...hadoii.
|
dah lapang sikit...hmmm |
Tetapi kepenatan terbalas bila melihat pokok mulberi kami telah berbuah - alhamdulillah. Tetapi pokok ini kedudukannya di hadapan rumah - maka tak termasuk dalam kategori perkebunanku itu...hehe. Pokok mulberi ni berbuah hebat bersama pokok rozel (pokok rozel tiada dalam gambar).
|
yang masih hijau... |
|
dah nak masak... |
|
alhamdulillah syukur pada nikmat Allah SWT... |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan