Selasa, 1 Januari 2013

Selamat Datai Tahun 2013 Masihi

Selamat tinggal 2012 Masihi dan Selamat Datai 2013.

Assalamualaikum sahabat yang kukasihi sekalian.

Ini kira entri pertama untuk tahun 2013 tanpa gambar. Buat masa ini hanya mampu menulis tanpa gambar. Harap-harap sahabatku tak boring yer. Untuk suami, 2.1.13 genaplah dua tahun berkelana di bumi kenyalang ini. Kupulak, 15.2.13 baru genap dua tahun (sama dengan Puan Hajah Asmiah Ajamain semasa melapor diri di DBPCS). Sekejap sahaja masa berlalu. 

Pejam celik pejam celik juga, dah lapan tahun kuhidup berkongsi kasih dan sayang dengan encik suami - terima kasih atas pengorbanan, perhatian dan kasih-sayang, dan mohon ampun dan maaf atas kekurangan, kekhilafan diri ini selama mana menjadi suri hidupmu.

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana masih diberi ruang bernafas di bumi-Nya ini. Banyak kenangan manis, tak berapa manis (pahit takdaklah) telah dilalui sepanjang tahun 2012. Sedih pun ada, bila berpisah dengan sahabat seSarawak yang kembali ke tempat asal (DBPKL). Sekali berpisah dua orang pulak tuh (tiadalah lagi pengacara berwibawa di sini) Linda dan Mizi. Ku tabahkan hati menyambung kelana di sini kerana ada sahabat-sahabat lain yang baik hati di sini. Mungkin tiga tahun lagi, atau lima tahun lagi berkelana di sini, semua Allah dah aturkan - kita perlu lalui dengan tabah.

Apa yang gembiranya bila dapat naik pangkat, syukur sangat-sangat dengan kurnia dari Allah SWT. Keyakinan ku bertambah kagum dengan aturan yang telah ditetapkan oleh Allah SWT - hasil doa dalam setiap sujud dan usai solat- alhamdulillah. Kukira rezeki bila kita berhijrah, tidak kira berhijrah tempat, sikap positif dan sebagainya, kerana Allah Maha Mengetahui. Terima kasih Ya Allah.



Apa harapan tahun 2013?

1. Berfikiran lebih positif, bersikap tenang, bersangka baik serta saling memaafkan dan saling membantu
2. Semoga dapat meningkatkan mutu kerja - komited, bijak membuat keputusan, lebih baik dan berwibawa
3. Sentiasa murah rezeki dan dapat mengurangkan lemaks di badan
4. Meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT, berbuat baik kepada suami, ibu bapa, keluarga dan sahabat
5. Mohon Allah SWT kabulkan doa untuk kami mendapat zuriat yang soleh dan solehah
6. Dapat menunaikan umrah pada tahun hadapan bersama encik suami (amin) - berharap sangat

Cukuplah setakat itu harapan yang dapat kufikirkan buat masa ini. Kita hanya mampu meminta dengan-Nya. Hanya Allah yang telah merancang dan memakbulkan doa yang kita minta. Semoga Allah mengambunkan dosa kita, suami kita, ibu bapa dan keluarga kita.


Selamat tahun baru 2013 untuk sahabatku sekalian.




2 ulasan:

Ummu Madihah berkata...

Salam Su.

Selamat tahun baru dan semoga segala apa yg tersenarai itu akan tercapai juga insya-Allah. Mak Aji doakan juga ya!

Siti Suhana berkata...

Wslm Mak Aji sayang...

Terima kasih banyak Mak Aji atas ucapan dan doanya....insya-Allah Mak Aji..

Saya doakan Mak Aji sekeluarga diberi kesihatan yg baik dan bahagia berpanjangan.

Tahun 2020 yang mencabar

Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...