Assalamualaikum semua.
Pejam celik pejam celik, dah lapan hari kita berpuasa. Alhamdulillah dipanjangkan usia kita untuk bertemu Ramadan pada tahun ini. Ada juga tanamkan azam untuk betul-betul menunaikan solat sunat terawih,
apakah selama ini tidak betul-betul? Oo tidak. Sebelum ini agak culas sebenarnya -
kembali ke jalan yang terang, cuba nak tingkatkan sedekah amal jariah dan nak kurangkan makan
ni tak masuk dalam list pun tak apa hokey. Semoga Allah memudahkan ibadah kita semua.
Selama enam hari, Allah memberi rezeki untuk ku bercuti daripada berpuasa-alhamdulillah. Dan
hari ini, baru bermula semula ibadah puasaku. Ku tambah-tetiba datang lagi..huwaa...Ada juga kami balik minggu lepas ke KL-berpuasa di KL katanya (
tiket dah beli lama-Murahhh-ayat tak boleh blah kata kawan aku..haha). Mulanya memang dah beli tiket pergi balik naik MAS,
MAS gitu, murah tambangnya, bolehlah berlagak jap ek. Balik hari Jumaat malam dan Isnin pagi kembali ke Kuching. Namun apakan daya, terpaksa balik Ahad pagi (dah beli tiket tambang murah plak-yang ni guna duit encik suami) sebab beliau kena bertugas sebagai ketua penjaga periksa di UiTM. Redho jelah ye Suhana. Macam balik kampung depan mato jer...sekejap sangat-sangat.
Apa azamku lagi? Tak nak boros berbelanja, membazir amalan syaiton-
boleh percaya ker? Oklah kan, baju raya hanya tempah sepasang
mesti kak Monie heran kan..hihi. Kuih pun tak nak tempah
tapi kek lapis kegemaran nak juga tempah tau. Nak buat kuih raya sendiri katanya, biskut florenta wajib buat
senang je tuh buatnya..cewah, kek lapis sebiji dua
boleh caya kerr dan seangkatan dengannya
janji mudah nak buat.
Apa pun puasa kali ini agak bersederhana dalam berbuka puasa. Rutin harian kami, bersihkan daun salad, hiris timun dan lobak-perahkan lemon, masukkan dalam peti ais seketika. Pastu lumurkan daging ayam yang telah dipotong siap dengan garam dan segala mak nenek, goreng dengan minyak zaitun (bermacam cara dah buat, janji jadi ayam goreng masak kunyit, halia dsb). Pastu hidangan sampingan
kalau ada. Leni encik suami rajin plak buat popia. Memula buh inti sayur, pastu inti kari kentang. Pasni tak tahu apa pulak. Alhamdulillah bersyukur dengan rezeki yang ada
kalau rasa nak makan banyak sikit, apa lagi balik Kg Mang lah jawabnya (hujung minggu).
Nak berkongsi satu lagi rasa kepuasan dalam bulan puasa ni apabila dapat berbuka dengan kurma dan air, selepas itu menunaikan solat maghrib, kemudian barulah makan makanan berat
mungkin hidangan berbuka tak meriah kot..hehe... Rasa best pulak (itu perkara kecil yang dapat diikut buat masa ini-syukur). Mungkin pada pandangan mata orang lain tak ambil kisah pun. Pada kami, bila dapat buat perkara ini, dapat memberi kepuasan-hanya Allah sahaja yang Tahu. Alhamdulillah.
Alhamdulillah encik suami dapat mengurangkan berat badan lebih sepuluh kilo dah
dengan menjauhi karbohidrat. Sebelum bulan berpuasa lagi dah amalkan makanan sihat. Aku? Jangan cakaplah. Sebelum berpuasa hari tu, sarapan dan makan tengah hari macam biasa, bila balik rumah je boleh ikut rentak makan encik suami. Nak kata turun tak turun, nak kata naik tak naik..haha. Sebenarnya bukan susah mana pun nak kontrol makan kita, antara nak tak nak jer. Sejauh mana usaha kita dan kekuatan mental kita untuk mengawal pemakanan kita. Harapnya bulan puasa ni dapat mengurangkan lemakss di samping dapat pahala berpuasa, amin. Nak beli baju raya ready made pun tak konpiden lagi..haha.
Pakai apa yang ada, kata nak jimat kenss..
Alamak teringin nak makan bubur lambuk stail Pahang lah. Aci tak kalau buat bang...huhu
Baiklah, sampai sini dulu coretan ku
yang kejap ada kejap lambat ikut mood nan hado. Nampaknya, satu bulan satu entri jugak..huhu..
Sampai ketemu lagi. Selamat menjalani ibadah puasa dengan sebaiknya. Kurangkan makan, lebihkan senyuman, sedekah dan amal jariah. Serta hindari Param selagi boleh..
haha tetiba.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan