Assalamualaikum sahabat semua.
Mood rajin dah marii..sangatt..hehe.
Sementelah takde projek sendiri ditangani sehingga akhir bulan Mei, dapat mencuri masa nak mencoret. Nak celen Diana tak mampu rasanya..haha. Hujung minggu baru nih, berpeluang ke Sebuyau (bersebelahan Daerah Simunjan). Meraikan adik sepejabat yang bertunang dengan orang Temerloh..you you! Alhamdulillah. Nak ke Sebuyau perlu menaiki feri di pangkalan Sungai Buloh - yang bawak kereta dan penumpang sekali, tak jauh mana pun dalam 10 minit je dah sampai ke seberang. Jambatan penghubung sedang dalam proses pembinaan dan dijangka siap tahun 2017.
Buat majlis bertunang sebelah malam dalam suasana yang sederhana - alhamdulillah. Tanpa memasang peterena indah ke khemah untuk tetamu, tetapi cukuplah perut kami diisi dengan kenyang dan lazat..hehe. Iyelah, zaman sekarang, susah nak cari majlis pertunangan yang simple. Pada zaman sekarang, siap pasang khemah 2-3 buah, peterana indah dan meriah bagai. Memanglah tuan rumah berniat baik, dapat mengumpulkan saudara-mara dan erat silaturrahim. Tetapi sekiranya sudah tahap membazir, tidak elok rasanya. Elok majlis pertunangan dibuat secara sederhana dan majlis akad nikah-persandingan dibuat meriah sebagai tanda ikatan sah termerai sudah dan wajib diuar-uarkan. Apapun, bergantung kepada niat seseorang untuk melakukan sesuatu perkara. Semoga Allah SWT sentiasa memberkati segala perkara yang kita lakukan..Amin.
Nampaknya bulan Mei ni meriah dengan majlis perkahwinan mahupun bertunang-iyelah nak buat sebelum bulan puasa katanya. Sepupu sendiri pun ada nak buat hujung minggu nih-pastu boleh pulak diberitahu semalam. Nak beli tiket balik kampung, mahai wei dik. Nampaknya hanya doa mengiringimu dik-semoga majlis berjalan lancar dan jodoh berkekalan hingga ke jannah..Amin. Kalau diberitahu sebulan lepas, insya-Allah dapatlah kubalik. Dahlah sepupu yang akhir buat majlis kenduri kahwin dalam keluarganya, agak terkilan juga tak dapat datang merai.
Eh..panjang plak aku mencoret..karanglah sambung lagi..nak sambung tugas!! Hehe...
Satu penghijrahan yang membawa seribu makna kehidupan yang penuh suka dan duka. Daripada situlah kita belajar dan terus belajar untuk bersyukur dan memaknakan kehidupan...
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tahun 2020 yang mencabar
Assalamualaikum sahabat blogger semua. Lama kan tak bersiaran! Sebabnya lum sempat masukkan gambar baharu dalam pc. DAN perlu menulis untuk...
-
Assalamualaikum semua. Sempena hari cuti pekerja nih sepatutnya boleh pergi bercuti ke mana-mana, tetapi tak sempat nak rancang. Jadinya per...
-
Entri terakhir untuk malam ini. Limau ni diberi nama limau susu. Kebetulan kawan-kawan baru balik dari Sibu, sempatlah mereka membeli limau ...
2 ulasan:
hihihi..Diana pun dah tak berape nak ada masa mencoret coret..huuhuh...malas pun ada, tapi demi blog, update je lah mana yang sempat...
nanti ada ms update lagi ya sue! sama2 kita mencuri2 masa yang ada ;-))
oraitt Diana...sama2 menghapdet walaupun sedikit...sama2 menyokong..
Menghapdet anak2 apatah lagi kembar best jugak kan Diana..dapat kongsi dengan pembaca...
Catat Ulasan