Salam Saiyidul Ayyam...
cerita tanpa gambar..tak sempat nak menepek gambar.
Sudah 16 hari berlalu tanpa entri (erk..lamanya tak tulis) dek kerana sibuk menguruskan projek hakiki - Forum Pelajar 2016 (alhamdulillah selesai satu projek, ada empat lagi menyusul). Lepas habis projek opkoslah menyusul segala laporan, tuntutan, proses mendokumentasikan segala bagai surat-menyurat, salinan sijil, keratan akhbar dan lain-lain (proses biasa dan memang penting). Selagi tak selesai, selagi tulah akan runsing. Minit mesyuarat lagi (manyak pening woo-kalau ditangguh lagilah malas, syukur laporan pasca dah siap. Alhamdulillah lega).
Esok hingga hari Isnin cuti panjang kan..hehe..projek baik laki bini sekarang nih, ada peluang cuti panjang, kita balik kampunglah! KL pun kira kampung jugak kan..hehe. Beli tiket pun Isnin baru nih- tak mahal sangat. Dengan suasana nak pilihanraya kat sini- ramailah orang Key El turun sitok nak..hehe. Agenda utama esok apabila badan dah berada di KL, nak tengok pesta buku katanya. Sokong organisasi dan kawan-kawan yang bertugas katanya. Semoga dapat cari tempat pesta buku di Serdang nun - agak-agak sesak jom kita merempit..hehe. Pastu nak ke pasar tani dekat stadium Shah Alam pada hari Ahad pagi dan pergi kenduri kahwin kawan di Kelana Jaya - Insya-Allah. Semoga Allah permudahkan urusan kami. Aamin.
Kak Mohaini senyap juga ek. Mak Aji lagilah jangan cakap..hehe. Mudah-mudahan esok ada entri baru ye dak..hehe. Oklah nanti sambung lagi ek. Mak Jemah nak balik dah (dah isi kad k). Nak mandi-solat-siap awal nak ke epot. Penerbangan kami pukul 6.45 petang. Cuaca mendung je tuh. Semoga dipermudahkan urusan perjalanan kami pulang ke KL.
Selamat jumpa lagi.
2 ulasan:
Salam. Banyak nak tulis tetapi malas, hari ni hantar bnyk post.
Wslm kak. Bila malas menyerang...hati berkurang nak mengarang..nak tepek gambo pun terhalang..hehe
Catat Ulasan