Salam Ramadan Kareem hari ke-10. Subhanallah. Masa berlalu pantas. Sedar tak sedar, dah 10 hari juga kita berpuasa. Alhamdulillah istiqamah dapar menunaikan solat Isyak dan terawih dengan suami di Masjid Perumahan Polis Tabuan. Itu yang terdekat dan selesa (ramai orang Semenanjung) - almaklumlah tiada surau atau masjid dekat-dekat kawasan perumahan. Keluar rumah 7.45 malam dan sampai dekat pukul 8.00 malam. Masuk waktu Isyak sekitar pukul 8.04 malam. Solat terawih 8 rakaat dan 3 rakaat solat witir. Insya-Allah hari minggu nak cuba di masjid baru - Masjid Darul Hana dekat-dekat tol.
Masakan Berbuka (sungkey). Setakat hari ini masak sendirik dan I buat sendirik sebab menu mudah jer. Bakar-bakar dan goreng-goreng (guna minyak zaitun, waima goreng kentang pun guna minyak zaitun berskala kecil - guna pan, buh minyak dalam 3 sudu, lempor hirisan kentang-tunggu jap-baru balikkan-buat sampai garing-siap). Menu - ayam goreng kunyit, ikan terubuk bakar, ikan cencaru/kerisi/kerapu bakar. Padankan dengan daun salad, timun, karot, dan buh sikit 1000 island. Lebih sikit hidangan, makan buah sikit. Alhamdulillah masih bertahan - 9 hari tak makan nasi. Sahur minum air nabis, kalau ada kepok-layankan aje.
Tapi hari ini, kawan ajak berbuka di luar pulak. Sian plak nak tinggal lakiku sorang-sorang berbuka. Kena minta izinlah kan. Encik suami kata ok, alhamdulillah. Memula rancang nak makan secara bufet, RM25 seorang katanya. Bila nak menempah-salah faham rupanya, tu harga untuk kanak-kanak ye Suhana. Orang dewasa kena RM48 seorang sebenonya - kensel. Waduh-waduh pening sudah ibuk. Lagi dipikirin menu yang banyak terhidang, rosak menu berbukaku yang biasa nanti...hak hak. Nggak boleh ini, gawat. Harus carik tempat makan yang hidangannya ringkas, ayam chop ke, kambing chop ke..haha. Makain, perlu diaturin baik-baik.
~~ Ok itu sahaja ceritain kali ini, nanti disambungi lagik. Haha. Minggu ni baru ada mood bekerja bena-bena. Minggu lepas melepek habis-penangan dah lama tak puasa sunat senin kamis.
~~ Selamat berpuasa. Tahniah kepada yang telah lompong dek tuntutan bulanan ituh...Jangan lupa bayar cepat nanti ok...
~~ Jom.. Fikir yang baik-baik. Hidup molek-molek. Pelihara hati dan lidah cantik-cantik. Allah akan sayang lebih. Insya-Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan