~~ Selamat cuti sekolah (yeayy jalan tak jem, tapi seminggu jer dan minggu depan dah mula jem semula sebab anak-anak dah naik sekolah) dan selamat berpuasa (syukur selalu) buat sahabat semua. Masuk je bulan Jun, menandakan masuk bulan puasa (1 Ramadan = 6 Jun). Kiranya dah masuk tahun keenam kami dapat berpuasa di bumi Kenyalang nih. Apa yang bestnya apabila dapat bersungkey (berbuka) awal pada pukul 6.44 petang dan sudah tentunya waktu imsaknya pun awal, sekitar 5.00 pagi (di Bahagian Samarahan). Tahniah buat sahabat yang dapat berpuasa pada hari keempat dan tahniah juga kepada sahabat yang 'dah raya awal'. Lepas raya awal jangan lupa plak sambung puasa wajib ek dan bayar/ganti puasa awal. Hehe.. Bulan Ramadan nilah bulan berehat dari menjalankan mana-mana projek organisasi. Mohleh kita gandakan amalan selain berpuasa - sedekah, mengaji, berzikir, bertadarus, solat terawih, jangan tinggal solat Fardu, berbuat baik sesama insan dan sebagainya.
~~ 6 Jun jugaklah hari lahir encik suami. Selamat Hari Lahir Abang! Yang ke-?? Tutt. Biarlah rahsia. Hehe... Maafkan isterimu kerana tidak menyediakan hadiah istimewa buatmu. Hanya ucapan dan doa mengiringi perjalanan hidupmu (rasa bersalah gak sebab encik suami yang rajin bagi hadiah hari lahir ke annivesary ke kat kita).
~~ Pada 6 Jun jugaklah, kami (sahabat sama umur) kehilangan seorang sahabat yang dikasihi - Maizuliza Kemat (Uda) - sahabat sama sekolah menengah dan arwah antara sahabat yang nikah awal (lepas SPM) dan mempunyai tiga orang anak. Pemergian arwah pada saat umat Islam hendak berbuka pada 1 Ramadan - 7.15 malam. Hilanglah penderitaan yang ditanggung selama ini, Allah SWT lebih menyayangi arwah. Agak terasa kehilangan arwah sebab ikatan silaturahim terjalin semula melalui wassap dan masing-masing dapat mengetahui khabar berita setelah sekian lama tak berhubung. Pada tahun lepas, mendapat tahu bahawa arwah menghidap kanser hati pada tahap tiga ke empat dan pihak Dr pernah menjangkakan yang arwah dapat hidup selama enam bulan sahaja. Atas sokongan keluarga dan sahabat, arwah dapat bertahan menanggung ujian hingga ke saat-saat ajalnya. Selama mana arwah mendapat tahu akan sakitnya, banyak usaha dibuat untuk merawat dirinya. Sehinggalan akhir bulan Mei, dikhabarkan sahabat berkenaan diri arwah yang agak kronik sakitnya (cengkung, hatinya tidak berfungsi sepenuhnya, kuning anggota badannya). Sehingga pada satu tahap, arwah merasakan kesakitan yang teramat dan dapat menjangkakan jangka hayatnya dah tak lama lagi. Ya Allah..begitu berat ujian yang diterima arwah sehinggalah arwah menghembuskan nafas terakhir pada 1 Ramadan 1437H. Berakhirnya perjalanan hidup arwah di dunia (mudah urusan pengebumian arwah-kata sahabat yang lain yang datang). Bagaimana pula giliran kita? Terasa begitu kerdil diri ini di sisi Allah SWT. Sudah cukupkah amalan kita? Sudah bersediakah kita menghadapi kematian? Ya Allah Ya Tuhanku berilah kami petunjuk jalan yang benar dan berikan kami ketaatan, kebaikan dan istiqamah dalam melakukan kebaikan di dunia mahupun akhirat. Sesungguhnya KAU lah Yang Maha Pengampun, Pengasih dan Penyayang.
Doa kami buat arwah "Semoga Allah SWT mengurniakan darjat kebaikan kepada Allahyarham Maizuliza binti Kemat dan ditempatkan dalam golongan orang-orang yang Beriman"...Aamin.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan